Saturday 18 May 2013

..... Smile

Bismillahhirrahmannirrahim .. Assalamualaikum blogger . Apa kabar ? dah berhabuk dah blog sebab dah lama tak bukak . Masuk form 4 ni macam macam kerja kena buat . Kerja sekolah pun makin belambak . Tak apa lah. Itu baru lah nama nya pelajar , anak and hamba Allah . Kita sebagai manusia layak diberi ujian dan dugaan oleh Allah kerana kita hambaNya . Kita tak berkuasa melainkan Allah . Allah berkuasa atas segala galanya . Yang penting , kasabaran , keimanan dan ketaqwaan kepada Allah kena ada dalam diri . Alhamdulillah , dah dua minggu aku exam . Semua berjalan lancar . Berpuasa setiap hari untuk menahan nafsu makan , berborak dan segala nafsu yang di kawal oleh syaitan . Minta dan memohon keampunan dari yang Maha Esa . Semoga dipermudahkan untuk menduduki dan menjawab exam . InsyaAllah . Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kawan kawan aku . Usaha , doa dan tawakal penting untuk kita berjaya . InsyaAllah . Beberapa minggu before exam pada 2 Mei 2013 aku dapat pergi PWTC . Alhamdulillah semua berjalan lancar juga . Seronok aku dapat pergi sana walaupun duit dalam kocek hanya Rm 30 . Itu sudah mencukupi bagi aku . Tak perlu bawa duit yang banyak . Bersyukur lah atas nikmat yang diberi oleh Allah walaupun nikmat itu sekecil zarah sekali pun . Dari dalam bas sampai PWTC aku seorang diri . Tapi aku tak kisah pun . Aku ada kawan . Ramai . Aku suka tengok diorang semua gembira walaupun aku tidak . Hidup aku dah tak lama dah . Dunia dah akhir zaman . Fatin dan Mimi kawan yang amat aku sayang . Semoga mereka gembira di dunia dan di akhirat . Dalam tiga orang yang bersahabat pasti akan ada yang terpinggir . Aku sanggup jadi yang terpinggir itu untuk kawan kawan aku . Bagi ruang untuk Fatin dan Mimi bergembira . Tidak salah bukan ? Aku sayang kawan kawan aku . Lagi pun , aku tak kisah jika keseorangan dalam kalangan manusia tapi tidak dalam kalangan hambaNya . Kerana aku tahu Allah sentiasa ada di sisi aku walaupun aku seorang diri . Perkara terakhir yang aku nak lakukn dalam dunia ini ialah bawa mama dan abah pergi Tanah Suci . Ingin memohon keampunan padaNya atas segala kesalahan aku terhadap mereka iaitu Mama dan Abah yang bergelar ibu bapa di Tanah Suci . Aku sayangkan mama dan abah tidak boleh dinyatakan pada perkataan . Terlalu sukar . Tidak dapat aku bayangkan jika aku kehilangan mereka dalam hidup aku . Ya Allah ! Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati aku . :'( Terdapat seorang lagi kekasih yang aku sayang di dunia ini . Astaghfirullahala'zim . Memohon banyak banyak keampunan dari yang Maha Pengampuan iaitu Allah . Dia lah kekasih yang aku sayang , Afiq Fadzli bin Rusli dan hanya Allah yang tahu . Segala yang terjadi dalam diri aku , sebahagiannya memori daripada dia , sebahagian daripada keluarga , sebahagian daripada sahabat dan sebahagian lagi daripada Allah dan Rasulullah . Semoga dia dan keluarganya dipanjangkan umur . Semoga ibubapanya sentiasa dalam keadaan sihat dan dibawah jagaan Allah . InsyaAllah . Amin amin amin Ya Rabb Alamin . Semoga mereka yang aku sayang bahagia di dunia dan di akhirat walaupun tanpa aku di sisi . InsyaAllah . Thank you for everything my friends , my family , my dear and my Allah . Always smile , senyum selagi mampu . Jaga Diri , Jaga Hati , Jaga Iman , Jaga Akhlak , Jaga Aurat . May Allah bless all of you that I really loved . Uhibbukaffillah .. Assalamualaikum .

No comments:

Post a Comment