Wednesday 7 May 2014

Kepada Allah Aku Beserah :')

Assalamualaikum selamat petang blog. hampir setengah tahun aku tak bukak blog, tak update pun. aku perlukan masa, banyak masa untuk aku berfikir sekarang ni. dari awal tahun sampai 6 mei 2013 aku penuh dengan jadual kawad kaki. and dari 2 mei sampai 22 mei aku penuh jadual dengan exam pertengahan tahun. Ya Allah! rasa seperti aku sudah lemah tidak berdaya untuk berdiri di muka bumi ini lagi. terlalu banyak yang aku fikirkan. hanya engkau yang mengetahui apa yang tersimpan di dalam hatiku ini. Ya Allah! perlukah aku jauhi diri aku dari segala masalah ini ataupun aku harus tempuh dugaan ni? Allahumma rabbi yasir wala tuasir. tahun ini aku spm. spm mula 3 november. betul betul waktu hari lahir aku. Ya Allah layakkah aku untuk ke syurgaMu? layakkah aku? aku terasa seperti sudah sesat terlalu jauh di tengah tengah hutan dan menjadi buntu untuk mencari jalan keluar. semua kata kata yang keluar dari mulut manusia tidak kira yang manis atau yang menyakitkan hati semuanya dusta semata. DUSTA ya Allah ! Engkau lebih mengetahui ini. Ya Allah ! seandainya aku telah jatuh hati kepada seseorang,maka kau kuatkan aku untuk tidak berjumpa denganNya. atas namaMu yaAllah! aku perlu jauh daripada mendekati zina. aku takut dengan azab dan seksaMu yaAllah. seandainya ada sesuatu yang telah terjadi tanpa disedari maka aku memohon keampunan daripadaMu ya Allah yang Maha berkuasa di atas muka bumi ini. astaghfirullahala'zim. semoga aku kuat sehingga ke akhir hayat ku. aku ingin berjihad di negara islam yang memerlukan pejuang jihad. aku ingin berjihad atas namaMU ALLAHUAKBAR ! jauhkan aku dari segala fitnah dajjal dan manusia. jauhkan aku daripada syaitonirrajim. jauhkan aku dari segala kebinasaan yang dahsyat. maka dekatkan lah aku kepadaMu dekatkan lah aku pada jalanMU dekatkanlah aku dengan pintu syurgaMu. dekatlah aku dengan kematian yang baik baik dan kematian di dalam iman dan agamaMu "bisu il khotimah" inshaaAllah. Aamiin aamiin aamiin yarabb Al Amin. selamat petang dan terima kasih wahai Allah kerana hidupkan aku sehingga hari ini. kerana masih bagi peluang untuk aku hapuskan dosaku :') assalamualaikum