Sunday 19 May 2013

La Tahzan :')


Bismillahirrahmanirrahim , Assalamualaikum w.b.t. Selamat petang blog . Alhamdulillah kita masih lagi hidup dengan izin Allah . Semoga keluarga dan para sahabat sentiasa dalam keadaan yang sihat sejahtera . InsyaAllah . " satu satunya perkara yang akan membuatkan kita tetap SENYUM walaupun kita sedang bersedih ialah mengetahui ALLAH SENTIASA SAYANG KITA " Alhamdulillah , itulah yang aku sentiasa fikirkan bahawa Allah sentiasa ada disisi menjaga , menyayangi dan melindungi hambaNya . Walaupun kita berada dalam kesedihan , jangan bersedih tentang suatu perkara yang tidak pasti dan tak penting . Jika kita dalam keadaan sedih , berdoa memohon keampunan daripada Allah , berzikir dan mengaji lah untuk tenangkan diri kita . Aku pernah juga lalui kesedihan yang berlarutan dalam banyak perkara . Setiap kali aku sedih , hanya Allah yang aku fikirkan . Hidup aku dah tak lama . Aku harap sangat dalam hujung hujung nyawa aku , keluarga , kekasih dan sahabat aku berada dalam keadaan yang bahagia . Aku selalu sedih kerana mama dan abah . Entah kenapa bila mama tinggikan suara sikit pada aku , aku cepat tersentuh . Ya Allah ! Aku sangat menyayangi mama dan abah . Bila mama menangis kerana suatu perkara , aku sudi mendengar dan membantu mama . Aku sangat menyesal apabila buatkan mama sedih dan menangis kerana aku . Pernah juga aku tinggikan suara pada mama dan abah , mungkin terlepas atau pun aku ingin nyatakan kebenaran . Tapi , itu lah diri aku . Aku cuba mengubah diri aku supaya ketika bercakap pada mama dengan lembut tutur kata . InsyaAllah aku akan cuba . Mama dan abah sudah lanjut usia . Semoga mereka dipanjangkan umur . Aku sayangkan mereka sangat sangat ! Aku sanggup menanggung kesakitan yang mereka rasa disebabkan penyakit mereka . Jika boleh , aku nak tanggung dosa mama dan abah tapi aku tak berdaya melainkan Allah membenarkannya . Aku hanya lah manusia biasa yang hanya mengabdikan diri dan berserah pada yang Maha Esa . Aku tak kuat dan aku juga tak lemah . Selagi aku hidup , islam adalah satu satunya Agama yang aku percaya dan aku sayang agama aku kerana Allah . Biarlah manusia nak mengata , mengutuk dan mengumpat aku sekali pun , aku tetap maafkan mereka . Jangan lah kamu risau kerana aku tidak suka berdendam . Biarlah ada ramai kawan sekali pun , asalkan kita tak lupa Allah . Aku nak kawan kawan aku berjaya dunia akhirat . Aku tak nak mereka zuhud tentang dunia . Mereka akan rugi di akhirat kelak . Aku nak masuk syurga dan aku aku nak sahabat sahabat akau juga berusaha bersama . Aku berusaha untuk memperbaiki diri dan akhlak supaya menjadi wanita solehah yang diredhai Allah . Aku akan cuba untuk membantu sahabat sahabat aku selagi aku mampu . Aku sayangkan kawan kawan aku . Lebih baik jika mereka tidak tahu daripada mereka tahu . Setiap nkmat yang Allah beri pada kita , jangan lah kita sombong dan meninggi diri kerana itu aku menimbulkan sifat Riak dalam diri . Gunakanlah nikmat Allah untuk khidmat kebajikan . Bersyukur lah dengan mengucap "alhamdulillah" . Tidak lah susah kerana itu hanya satu perkataan yang biasa tetapi membawa beribu makna . InsyaAllah . Semoga kita diredhai Allah didunia dan diakhirat . Mari lh kita sama sama mengejar Syurga Allah yang kekal abadi . Jaga Diri , Jaga Hati , Jaga Iman , Jaga Akhlak , Jaga Aurat . Always remember that Allah always by our side . La Tahzan . May Allah bless all of you . Barakallah . Uhibbukaffillah . Assalamualaikum w.b.t.

No comments:

Post a Comment