Monday 27 May 2013

Smile as you can smile


Bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum w.b.r. Alhamdulillah . Syukur pada Allah kita masih lagi dipanjangkan umur hidup didunia atas izin Allah untuk memperbanyakkan lagi amalan kebajikan didunia untuk bekalan diakhirat kelak . InsyaAllah . Senyum lah selalu walaupun hati sering terluka . Ketahui lah , senyum di waktu duka akan membawa ketenangan dalam jiwa . Biarpun dalam keadaan senang atau susah . Allah Maha Mengetahui Ajal Maut Seseorang . Relaku mati dalam mengejar agamaMu Ya Allah . Sesungguhnya aku hanya lah hambaMu yang lemah . Pada malam yang sunyi , Penuhkan zikir dikir pada Allah . Bertahajjud di sepertiga malam . Mengabdikan diri dan berserah segalanya pada Allah . Manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan . Di kala hati penuh rasa kebencian , kehinaan serta keangkuhan , ketahuilah bahawa kita sebagai manusia hanya lah hamba Allah yang sepatutnya melakukan apa yang dikehendaki oleh Allah . Bersyukur disetiap nikmat baik dan buruk yang diberikan . Mati tak mengenal usia . Bila bila masa sahaja kita boleh mati , ketika waktu didalam perut , ketika waktu menjadi bayi , ketika waktu menjadi kanak kanak , ketika waktu menjadi remaja , ketika waktu menjadi dewasa dan ketika waktu usia sudah lanjut (tua) . Mati itu pasti , bila bila masa boleh terjadi . Semuanya atas kehendak dan izinNya . Senyum lah disaat hati terluka . Senyum lah disaat hati gembira . Kerana senyum membawa beribu makna tanpa disedari pada diri dan orang disekeliling . Bersabar lah atas dugaan yang mencabar hati , keimanan , ketaqwaan dan nafsu kita . Kerana bersabar , insyaAllah syurga milik kita . Allah memberikan ganjaran yang besar pada hambaNya yang bersabar ats dugaanNya . Mengapa Allah memberikan dugaan ? Kerana Allah ingin melihat setinggi mana kesabaran hambaNya dalam melakukan ibadah kepadaNya . Niat di hati amat lah penting sama juga seperti usaha diluaran dan juga tawakal disetiap dugaan . Mari lah kita bersama amalkan senyuman yang indah dibibir . Kerana Senyum itu satu sedekah . "Smile as You can Smile " :) Good night . Barakallah . Uhibbukaffillah . Assalamualaikum Ya akhi Ya ukhti . May Allah bless you always ^^

Sunday 19 May 2013

La Tahzan :')


Bismillahirrahmanirrahim , Assalamualaikum w.b.t. Selamat petang blog . Alhamdulillah kita masih lagi hidup dengan izin Allah . Semoga keluarga dan para sahabat sentiasa dalam keadaan yang sihat sejahtera . InsyaAllah . " satu satunya perkara yang akan membuatkan kita tetap SENYUM walaupun kita sedang bersedih ialah mengetahui ALLAH SENTIASA SAYANG KITA " Alhamdulillah , itulah yang aku sentiasa fikirkan bahawa Allah sentiasa ada disisi menjaga , menyayangi dan melindungi hambaNya . Walaupun kita berada dalam kesedihan , jangan bersedih tentang suatu perkara yang tidak pasti dan tak penting . Jika kita dalam keadaan sedih , berdoa memohon keampunan daripada Allah , berzikir dan mengaji lah untuk tenangkan diri kita . Aku pernah juga lalui kesedihan yang berlarutan dalam banyak perkara . Setiap kali aku sedih , hanya Allah yang aku fikirkan . Hidup aku dah tak lama . Aku harap sangat dalam hujung hujung nyawa aku , keluarga , kekasih dan sahabat aku berada dalam keadaan yang bahagia . Aku selalu sedih kerana mama dan abah . Entah kenapa bila mama tinggikan suara sikit pada aku , aku cepat tersentuh . Ya Allah ! Aku sangat menyayangi mama dan abah . Bila mama menangis kerana suatu perkara , aku sudi mendengar dan membantu mama . Aku sangat menyesal apabila buatkan mama sedih dan menangis kerana aku . Pernah juga aku tinggikan suara pada mama dan abah , mungkin terlepas atau pun aku ingin nyatakan kebenaran . Tapi , itu lah diri aku . Aku cuba mengubah diri aku supaya ketika bercakap pada mama dengan lembut tutur kata . InsyaAllah aku akan cuba . Mama dan abah sudah lanjut usia . Semoga mereka dipanjangkan umur . Aku sayangkan mereka sangat sangat ! Aku sanggup menanggung kesakitan yang mereka rasa disebabkan penyakit mereka . Jika boleh , aku nak tanggung dosa mama dan abah tapi aku tak berdaya melainkan Allah membenarkannya . Aku hanya lah manusia biasa yang hanya mengabdikan diri dan berserah pada yang Maha Esa . Aku tak kuat dan aku juga tak lemah . Selagi aku hidup , islam adalah satu satunya Agama yang aku percaya dan aku sayang agama aku kerana Allah . Biarlah manusia nak mengata , mengutuk dan mengumpat aku sekali pun , aku tetap maafkan mereka . Jangan lah kamu risau kerana aku tidak suka berdendam . Biarlah ada ramai kawan sekali pun , asalkan kita tak lupa Allah . Aku nak kawan kawan aku berjaya dunia akhirat . Aku tak nak mereka zuhud tentang dunia . Mereka akan rugi di akhirat kelak . Aku nak masuk syurga dan aku aku nak sahabat sahabat akau juga berusaha bersama . Aku berusaha untuk memperbaiki diri dan akhlak supaya menjadi wanita solehah yang diredhai Allah . Aku akan cuba untuk membantu sahabat sahabat aku selagi aku mampu . Aku sayangkan kawan kawan aku . Lebih baik jika mereka tidak tahu daripada mereka tahu . Setiap nkmat yang Allah beri pada kita , jangan lah kita sombong dan meninggi diri kerana itu aku menimbulkan sifat Riak dalam diri . Gunakanlah nikmat Allah untuk khidmat kebajikan . Bersyukur lah dengan mengucap "alhamdulillah" . Tidak lah susah kerana itu hanya satu perkataan yang biasa tetapi membawa beribu makna . InsyaAllah . Semoga kita diredhai Allah didunia dan diakhirat . Mari lh kita sama sama mengejar Syurga Allah yang kekal abadi . Jaga Diri , Jaga Hati , Jaga Iman , Jaga Akhlak , Jaga Aurat . Always remember that Allah always by our side . La Tahzan . May Allah bless all of you . Barakallah . Uhibbukaffillah . Assalamualaikum w.b.t.

Saturday 18 May 2013

..... Smile

Bismillahhirrahmannirrahim .. Assalamualaikum blogger . Apa kabar ? dah berhabuk dah blog sebab dah lama tak bukak . Masuk form 4 ni macam macam kerja kena buat . Kerja sekolah pun makin belambak . Tak apa lah. Itu baru lah nama nya pelajar , anak and hamba Allah . Kita sebagai manusia layak diberi ujian dan dugaan oleh Allah kerana kita hambaNya . Kita tak berkuasa melainkan Allah . Allah berkuasa atas segala galanya . Yang penting , kasabaran , keimanan dan ketaqwaan kepada Allah kena ada dalam diri . Alhamdulillah , dah dua minggu aku exam . Semua berjalan lancar . Berpuasa setiap hari untuk menahan nafsu makan , berborak dan segala nafsu yang di kawal oleh syaitan . Minta dan memohon keampunan dari yang Maha Esa . Semoga dipermudahkan untuk menduduki dan menjawab exam . InsyaAllah . Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kawan kawan aku . Usaha , doa dan tawakal penting untuk kita berjaya . InsyaAllah . Beberapa minggu before exam pada 2 Mei 2013 aku dapat pergi PWTC . Alhamdulillah semua berjalan lancar juga . Seronok aku dapat pergi sana walaupun duit dalam kocek hanya Rm 30 . Itu sudah mencukupi bagi aku . Tak perlu bawa duit yang banyak . Bersyukur lah atas nikmat yang diberi oleh Allah walaupun nikmat itu sekecil zarah sekali pun . Dari dalam bas sampai PWTC aku seorang diri . Tapi aku tak kisah pun . Aku ada kawan . Ramai . Aku suka tengok diorang semua gembira walaupun aku tidak . Hidup aku dah tak lama dah . Dunia dah akhir zaman . Fatin dan Mimi kawan yang amat aku sayang . Semoga mereka gembira di dunia dan di akhirat . Dalam tiga orang yang bersahabat pasti akan ada yang terpinggir . Aku sanggup jadi yang terpinggir itu untuk kawan kawan aku . Bagi ruang untuk Fatin dan Mimi bergembira . Tidak salah bukan ? Aku sayang kawan kawan aku . Lagi pun , aku tak kisah jika keseorangan dalam kalangan manusia tapi tidak dalam kalangan hambaNya . Kerana aku tahu Allah sentiasa ada di sisi aku walaupun aku seorang diri . Perkara terakhir yang aku nak lakukn dalam dunia ini ialah bawa mama dan abah pergi Tanah Suci . Ingin memohon keampunan padaNya atas segala kesalahan aku terhadap mereka iaitu Mama dan Abah yang bergelar ibu bapa di Tanah Suci . Aku sayangkan mama dan abah tidak boleh dinyatakan pada perkataan . Terlalu sukar . Tidak dapat aku bayangkan jika aku kehilangan mereka dalam hidup aku . Ya Allah ! Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati aku . :'( Terdapat seorang lagi kekasih yang aku sayang di dunia ini . Astaghfirullahala'zim . Memohon banyak banyak keampunan dari yang Maha Pengampuan iaitu Allah . Dia lah kekasih yang aku sayang , Afiq Fadzli bin Rusli dan hanya Allah yang tahu . Segala yang terjadi dalam diri aku , sebahagiannya memori daripada dia , sebahagian daripada keluarga , sebahagian daripada sahabat dan sebahagian lagi daripada Allah dan Rasulullah . Semoga dia dan keluarganya dipanjangkan umur . Semoga ibubapanya sentiasa dalam keadaan sihat dan dibawah jagaan Allah . InsyaAllah . Amin amin amin Ya Rabb Alamin . Semoga mereka yang aku sayang bahagia di dunia dan di akhirat walaupun tanpa aku di sisi . InsyaAllah . Thank you for everything my friends , my family , my dear and my Allah . Always smile , senyum selagi mampu . Jaga Diri , Jaga Hati , Jaga Iman , Jaga Akhlak , Jaga Aurat . May Allah bless all of you that I really loved . Uhibbukaffillah .. Assalamualaikum .