Friday 8 August 2014

Its hard

Assalamualaikum. Selamat petang. Hari ni 08/08/2014 bermula sudah trial subjek sejarah kertas 3. Alhamdulillah syukur dengan pertolongan fattah sebab tolong fotostat kan kertas tu, aku dapat jawab serba sedikit. Aku tak tahu apa keputusan yang aku akan dapat tapi aku cuba semampu aku. Hati aku tidak berbolak balik kerana sesiapa. Aku okay. Cuma aku rasa lebih baik aku lepaskan dia dengan orang yang dia sayang. Its enough bukan? Dia ada adik angkat. Sama je ceritanya lebih kurang dengan kisah silam aku. Rasanya amat menyakitkan. Tapi itulah diri dia. Aku cuba boleh diam dan mengadu semua pada Allah bila aku dah tak dapat tahan. Biarlah dunia ini cuma sementara. Mungkin aku dah terlalu lama leka dengan dunia ni. Aku rasa, jika sudah cukup amalanku dan taubatku. Aku nak tinggalkan dunia ni. Terlalu penat melakukan dosa. Aku cuma ingin hidup biasa kerana aku hamba Allah manusia biasa. Hati aku perasaan aku yang menentukannya diriku sendiri. Aku perlu jaga hati aku sebaik mungkin sebelum aku menjaga hati orang lain. Aku dah terlalu penat.. penat kerana asyik menjaga hati orang lain sedangkan hati aku jatuh rosak dan pedih kerana tak ada sesiapa yang menjaganya. Aku redha atas apa yang berlaku.. forgive and forget for Allah. Aku mesti buat mcm tu. Lupakan lah salah silap diri mereka hnya kerana Allah walaupun hati kita sakit. Kerana Allah inshaaAllah indah :') jika perlu untuk aku lepaskannya aku akan lepaskannya supaya dia bahagia. Sampai disini sahaja. JazakAllah. Assalamualaikum.