Tuesday 29 July 2014

Syawal 2

Assalamualaikum dan salam 2 syawal 1435 hijrah bersamaan 29 julai 2014. Alhamdulillah untuk hari dan besok. Aku minta maaf apa yang jadi pada semalam, hari ini dan besok. Terima kasih untuk semalam hari ini dan besok. Apa yang aku dah buat pada kau aku minta maaf. Aku serba kekurangan. Dan aku sentiasa negetif. Still try'n to be positive. YaAllah ampunkan dosaku yaAllah. Aku tak patut cakap mcm tu pada dia. Apa yang aku dah cakap ni.. sume menyakitkan hati manusia. YaAllah hamba memohon perlindunganMu daripada godaan syaitan nirrojim. Pelihara aku yaAllah. Selamatkan aku yaAllah. Kau berikan lah aku peluang untuk memohon ampun taubat padaMu yaAllah. Kau berikan tunjuk arah yang lurus. Semoga aku sentiasa sedar akan kesilapanku kelak. Aku menyukai seorang hambaMu. Tetapi aku sering menyakitkan hatinya YaAllah! Kau pelihara hati dan dirinya yaAllah. Semoga dia didalam jagaanMu. Apa yang telah berlaku aku minta maaf. Andai ada jodoh antara kau dan aku, sungguh aku bersyukur hanya kepadaMu yaAllah. Dia je yang sanggup layan perangai aku yang pelik pelik. Dia yang cuba positive kan aku dalam setiap keadaan. Dia yang selalu cuba buat aku senyum dan gembira dengan lawak bodohnya setiap kali aku bersedih. Dia yang sentiasa menemani aku walau dimana aku berada di atas muka bumi ini. Tetapi aku sedar yang aku tidak patut menyukainya lebih daripadaMu yaAllah! Ampunkan dosaku yaAllah. Rahmatilah hidupku hidup keluargaku dan hidupnya kekasih aku YaAllah! Seandainya tiada peluang untuk aku berjumpa dengannya buat kali terakhir,aku harap dapat berjumpa dengannya lagi di syurgaMu kelak yaAllah. InshaaAllah. Terima kasih atas segalanya. Jazakallah. Salam a'laik.

No comments:

Post a Comment