Monday 28 July 2014

Ramadan raya hati

Assalamualaikum salam 1 syawal 1435 hijrah 28 julai 2014. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Aku nak minta maaf kepada sesiapa yang mengenali diri ini. Segala salah dan silap sepanjang perkenalan kita sama ada disengajakan atau tidak disengajakan. Aku minta maaf. Semoga segala yang berlaku dalam bulan ramadan yang lepas diberkati Allah. Aku tak gunakan waktu ramadan yang ada tu dengan baik malah aku sia siakan ianya berlalu begitu saja. YaAllah ampunkan dosaku yaAllah kerana terlalu lalai dan leka dengan dunia ini. YaAllah! Aku telah jatuh hati kepada seorang hambaMu ini. Aku mengenali nya bermula sebagai seorang kawan, sahabat, dan seterusnya menjadi seseorang yang aku sukai. Tetapi, pelbagai dugaan yang harus aku tempuhi untuk bersamanya. Aku sepatutnya tidak terlalu menyukainya supaya aku tidak terluka seperti dulu. Tapi aku sudah terlanjur lebih menyukainya. YaAllah ampunkan dosaku andai aku menyukainya lebih daripadaMu. Kau dekatkan lah aku denganMu yaAllah. Aku ingin dicintaiMu dan menyintaiMu terdahulu sebelum aku menyukainya. YaAllah kau kuatkan imanku, tabahkan hatiku supaya aku tidak terlalu terluka dengan apa yang jadi. Aku sabar aku redha yaAllah. Hidup aku adalah ibadatku padaMu. YaAllah! Aku letakkan dia didalam doaku dan bukan didalam hatiku. Kerana takdir jodoh itu hanya Engkau yang Maha Mengetahui :') aku perlu kuat dalam segalanya cabaran dan dugaan ini. YaAllah seandainya mati itu lebih baik. Maka matikan lah aku dalam iman yaAllah. Sesungguh hanya kepadaMu lah aku kembali. Aku bersyukur alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur sehingga ke hari ini. Semoga aku dapat bertemu ramadan tahun hadapan inshaaAllah. Maafkan aku yaAllah! :'( assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment