Thursday 18 October 2012

Afiq Fadzli . :'D

Assalamualaikum. Hai blogger!!! :D Did you know who are this man at picture above? K aku tak pandai BI pun. Ni main hentam saja. Hahah ! Ini owang namanye Afiq Fadzli bin Rusli. Dia anak kedua dalam Lima orang adik beradik. Dia seorang yang sangat baik dan baik. Hahah ! Suka panggil dia ustaz, afiq, bebek and manyak lagi nama panggilan untuk dia. Heee~ Berkawan dengan dia betul betul dapat rasa diri di hargai. Dia dah besar . 17 tahun sekarang. Birthday dia tak lama lagi 28 December. :'D Ni bdk SPM ni tau. Jangan main main. Otak math ni. Hahah ! Dia sangat comel dan comel tapi dia suka menafikan apa yang betul betul wujud dalam diri dia. 5 november dia exam. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat sahabat aku. Kadang dia ada masalah , aku minta dia cerita dengan aku. Mana tahu aku juga boleh beri sedikit nasihat padanya. Share share pendapat. Share share masalah. :') Kadang bila aku salah dia tegur. Bagus apa kan? Ni lah orang zaman sekarang cari. Lelaki yang soleh yang dapat membimbing isteri ke jalan Allah. Ke syurga Allah. Aku suka tengok dia pakai baju melayu. Nampak sopan, hensem dan dan dan comel. Hikhikhik! Dia pernah cakap. Kawan dengan sahabat berbeza. Bezanya , kawan kita memang kawan. Kadang ada kadang tak ada. Tapi sahabat lain. Walau dimana kita berada dia tetap ada bersama kita. Contoh Rasulullah bersama para sahabatnya Umar bin Al-Khatab, Abu bakar As-siddiq dan ramai lagi sahabat rasulullah yg selalu berada di sampingnya. Waktu tu lah baru aku betul betul terasa diri ini dihargai. Ada orang beri ilmu pada kita. Bagi aku dia bukan sekadar kawan tetapi juga sahabat dan menjadi seseorang yg sangat special dalam diri aku. Pertama kali aku merasa bahawa ada sesuatu yang akan membawa aku berjumpa dengan Allah. Ya Allah ini benar benar indah . Alhamdulillah. Aku pernah kehilangan seorang sahabat yang amat aku sayang. Kawan senang dicari. Kita tak cari ianya akan datang sendiri. Tetapi Sahabat lain. Susah untuk dicari. Jika dia pergi. Maka akan jadi satu penyesalan dalam diri kita. Rasa macam ada kekosongan. Sedih dan suram. Suasana ceria tetapi aku yang diam. Bila berjumpa dengan afiq. Mcm mcm aku dah belajar daripada dia. Ya Allah ! Semoga Engkau sentiasa pelihara dan beri pelindungan kepada manusia yg bernama sahabat ini. Pertama kali aku jumpa dia tahun lepas dalam kem 1 murid 1 sukan. Lama juga kami contact. Selepas bulan august lost contact. Tahun ni tak tahu secara kebetulan ke apa , aku ada pertandingan di sekolah dia. Ya Allah ! Sangat terkejut tapi amat bersyukur kerana kami dapat contact lagi. Sampai lah sekarang dia benar benar seseorang yg memahami , memberi nasihat dan mengajar perkara yang baik. Alhamdulillah! Walaupun lama jugak tak berjumpa. Maka berdoalah kami pada Allah semoga suatu hari nanti aku dapat bertemu dengannya sebelum aku pergi bertemu dengan Allah! Aku yakin segala yg berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma kita tak tahu. Allah sahaja yg tahu. Selagi ada sahabat sebegini jgn lah lepaskan dia. Jadikan lah dia seseorang yg kau sayang yg kau hargai dan seseorang yg pasti boleh membimbing kau kepada Allah. InsyaAllah. Aku sayang dia sebahagiannya sebagai seorang sahabat dan selebihnya hanya Allah yang tahu. Aku dah anggap dia mcm abang aku kadang kala sebagai sahabat aku dan kadang kala sebagai kekasih aku. Ya Allah ! Aku sayang family , sahabat dan juga kawan aku. Semoga kami dapat berjumpa di Jannatun Naim suatu hari nanti. InsyaAllah! Hari dah lewat. Kang bagun lewat. Aku undur diri dulu. InsyaAllah ada masa aku tulis lagi . Selamat malam. Uhibbukaffillah. Assalamualaikum. ^.^

No comments:

Post a Comment