Wednesday, 7 May 2014

Kepada Allah Aku Beserah :')

Assalamualaikum selamat petang blog. hampir setengah tahun aku tak bukak blog, tak update pun. aku perlukan masa, banyak masa untuk aku berfikir sekarang ni. dari awal tahun sampai 6 mei 2013 aku penuh dengan jadual kawad kaki. and dari 2 mei sampai 22 mei aku penuh jadual dengan exam pertengahan tahun. Ya Allah! rasa seperti aku sudah lemah tidak berdaya untuk berdiri di muka bumi ini lagi. terlalu banyak yang aku fikirkan. hanya engkau yang mengetahui apa yang tersimpan di dalam hatiku ini. Ya Allah! perlukah aku jauhi diri aku dari segala masalah ini ataupun aku harus tempuh dugaan ni? Allahumma rabbi yasir wala tuasir. tahun ini aku spm. spm mula 3 november. betul betul waktu hari lahir aku. Ya Allah layakkah aku untuk ke syurgaMu? layakkah aku? aku terasa seperti sudah sesat terlalu jauh di tengah tengah hutan dan menjadi buntu untuk mencari jalan keluar. semua kata kata yang keluar dari mulut manusia tidak kira yang manis atau yang menyakitkan hati semuanya dusta semata. DUSTA ya Allah ! Engkau lebih mengetahui ini. Ya Allah ! seandainya aku telah jatuh hati kepada seseorang,maka kau kuatkan aku untuk tidak berjumpa denganNya. atas namaMu yaAllah! aku perlu jauh daripada mendekati zina. aku takut dengan azab dan seksaMu yaAllah. seandainya ada sesuatu yang telah terjadi tanpa disedari maka aku memohon keampunan daripadaMu ya Allah yang Maha berkuasa di atas muka bumi ini. astaghfirullahala'zim. semoga aku kuat sehingga ke akhir hayat ku. aku ingin berjihad di negara islam yang memerlukan pejuang jihad. aku ingin berjihad atas namaMU ALLAHUAKBAR ! jauhkan aku dari segala fitnah dajjal dan manusia. jauhkan aku daripada syaitonirrajim. jauhkan aku dari segala kebinasaan yang dahsyat. maka dekatkan lah aku kepadaMu dekatkan lah aku pada jalanMU dekatkanlah aku dengan pintu syurgaMu. dekatlah aku dengan kematian yang baik baik dan kematian di dalam iman dan agamaMu "bisu il khotimah" inshaaAllah. Aamiin aamiin aamiin yarabb Al Amin. selamat petang dan terima kasih wahai Allah kerana hidupkan aku sehingga hari ini. kerana masih bagi peluang untuk aku hapuskan dosaku :') assalamualaikum

Sunday, 22 September 2013

its hurt :')

Bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum wbt . Semalam Sabtu , 11.58 a.m. Afiq call aku , setelah berhari hari aku call , text dia , then dia call aku , dia tanye tengah buat apa itu dan ini , aku memang rasa tak sedap hati pada waktu itu,rupanya memang ada yang tersirat yg aku harus tabah untuk menerimanya .. Kata putus daripadanya amat menyakitkan hatiku , ketika aku sedang berfikir untuk bersabar dan bersabar dan terus bersabr , dia mengatakan sesuatu yang membuatkan aku amat sedih . Ya Allah ! Begitu berat ujianMu padaku , sedangkan aku hanyalah hambaMu yang kerdil dan lemahhh :'( dia berkata kepadaku dia tidak tahu kenapaa dia rasa macamtu , itu bukannya jawapan yang aku mahu . Jawapan itu sungguh tidak munasabah afiq . Jika itu yang kau inginkan , aku harus terima walaupun hati aku masih ada untuk kau , berjanji lah padaku yang kau tidak akan menceritakan tentang ini kepada sesiapaun . Jika kau sudah selesaikan segalanya , jika kau masih inginkan aku , cari lah aku afiq , aku sudi kembali pada kau kerana Allah . Apa yang dah berlaku antara kita , jadikan satu iktibar :') jika kau bahagia bersama yang lain , teruskan lahh :') tidak mengapa kerana segala yang berlaku itu mempunyai hikmah disebaliknya , dan hikmah itu hanya Allah Ya Rabb sahaja yang tahu . Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup insan yang tidak pernah sempurna ini . Aku hargai segalanya :') belajar sungguh sungguh supaya kau berjaya seperti apa yang telah kau harapkan selama ini , aku doakan yang terbaik untuk kau :') may Allah alwys by ur side and protect u frm anything wrong . Jaga diri , jaga hati , jaga iman , jaga akhlak , jaga aurat :') jaga percakapan dan segala perbuatan . Rindukann awak ! Allah sahaja yang tahu :') jangan penah lupakan Allah ye ? Be happy :') salam rindu daripada Siti Nadhirah kepada Afiq Fadzli bin Rusli :') uhibukffillah , la tahzan :') assalamualaikum wbt .

Monday, 27 May 2013

Smile as you can smile


Bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum w.b.r. Alhamdulillah . Syukur pada Allah kita masih lagi dipanjangkan umur hidup didunia atas izin Allah untuk memperbanyakkan lagi amalan kebajikan didunia untuk bekalan diakhirat kelak . InsyaAllah . Senyum lah selalu walaupun hati sering terluka . Ketahui lah , senyum di waktu duka akan membawa ketenangan dalam jiwa . Biarpun dalam keadaan senang atau susah . Allah Maha Mengetahui Ajal Maut Seseorang . Relaku mati dalam mengejar agamaMu Ya Allah . Sesungguhnya aku hanya lah hambaMu yang lemah . Pada malam yang sunyi , Penuhkan zikir dikir pada Allah . Bertahajjud di sepertiga malam . Mengabdikan diri dan berserah segalanya pada Allah . Manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan . Di kala hati penuh rasa kebencian , kehinaan serta keangkuhan , ketahuilah bahawa kita sebagai manusia hanya lah hamba Allah yang sepatutnya melakukan apa yang dikehendaki oleh Allah . Bersyukur disetiap nikmat baik dan buruk yang diberikan . Mati tak mengenal usia . Bila bila masa sahaja kita boleh mati , ketika waktu didalam perut , ketika waktu menjadi bayi , ketika waktu menjadi kanak kanak , ketika waktu menjadi remaja , ketika waktu menjadi dewasa dan ketika waktu usia sudah lanjut (tua) . Mati itu pasti , bila bila masa boleh terjadi . Semuanya atas kehendak dan izinNya . Senyum lah disaat hati terluka . Senyum lah disaat hati gembira . Kerana senyum membawa beribu makna tanpa disedari pada diri dan orang disekeliling . Bersabar lah atas dugaan yang mencabar hati , keimanan , ketaqwaan dan nafsu kita . Kerana bersabar , insyaAllah syurga milik kita . Allah memberikan ganjaran yang besar pada hambaNya yang bersabar ats dugaanNya . Mengapa Allah memberikan dugaan ? Kerana Allah ingin melihat setinggi mana kesabaran hambaNya dalam melakukan ibadah kepadaNya . Niat di hati amat lah penting sama juga seperti usaha diluaran dan juga tawakal disetiap dugaan . Mari lah kita bersama amalkan senyuman yang indah dibibir . Kerana Senyum itu satu sedekah . "Smile as You can Smile " :) Good night . Barakallah . Uhibbukaffillah . Assalamualaikum Ya akhi Ya ukhti . May Allah bless you always ^^

Sunday, 19 May 2013

La Tahzan :')


Bismillahirrahmanirrahim , Assalamualaikum w.b.t. Selamat petang blog . Alhamdulillah kita masih lagi hidup dengan izin Allah . Semoga keluarga dan para sahabat sentiasa dalam keadaan yang sihat sejahtera . InsyaAllah . " satu satunya perkara yang akan membuatkan kita tetap SENYUM walaupun kita sedang bersedih ialah mengetahui ALLAH SENTIASA SAYANG KITA " Alhamdulillah , itulah yang aku sentiasa fikirkan bahawa Allah sentiasa ada disisi menjaga , menyayangi dan melindungi hambaNya . Walaupun kita berada dalam kesedihan , jangan bersedih tentang suatu perkara yang tidak pasti dan tak penting . Jika kita dalam keadaan sedih , berdoa memohon keampunan daripada Allah , berzikir dan mengaji lah untuk tenangkan diri kita . Aku pernah juga lalui kesedihan yang berlarutan dalam banyak perkara . Setiap kali aku sedih , hanya Allah yang aku fikirkan . Hidup aku dah tak lama . Aku harap sangat dalam hujung hujung nyawa aku , keluarga , kekasih dan sahabat aku berada dalam keadaan yang bahagia . Aku selalu sedih kerana mama dan abah . Entah kenapa bila mama tinggikan suara sikit pada aku , aku cepat tersentuh . Ya Allah ! Aku sangat menyayangi mama dan abah . Bila mama menangis kerana suatu perkara , aku sudi mendengar dan membantu mama . Aku sangat menyesal apabila buatkan mama sedih dan menangis kerana aku . Pernah juga aku tinggikan suara pada mama dan abah , mungkin terlepas atau pun aku ingin nyatakan kebenaran . Tapi , itu lah diri aku . Aku cuba mengubah diri aku supaya ketika bercakap pada mama dengan lembut tutur kata . InsyaAllah aku akan cuba . Mama dan abah sudah lanjut usia . Semoga mereka dipanjangkan umur . Aku sayangkan mereka sangat sangat ! Aku sanggup menanggung kesakitan yang mereka rasa disebabkan penyakit mereka . Jika boleh , aku nak tanggung dosa mama dan abah tapi aku tak berdaya melainkan Allah membenarkannya . Aku hanya lah manusia biasa yang hanya mengabdikan diri dan berserah pada yang Maha Esa . Aku tak kuat dan aku juga tak lemah . Selagi aku hidup , islam adalah satu satunya Agama yang aku percaya dan aku sayang agama aku kerana Allah . Biarlah manusia nak mengata , mengutuk dan mengumpat aku sekali pun , aku tetap maafkan mereka . Jangan lah kamu risau kerana aku tidak suka berdendam . Biarlah ada ramai kawan sekali pun , asalkan kita tak lupa Allah . Aku nak kawan kawan aku berjaya dunia akhirat . Aku tak nak mereka zuhud tentang dunia . Mereka akan rugi di akhirat kelak . Aku nak masuk syurga dan aku aku nak sahabat sahabat akau juga berusaha bersama . Aku berusaha untuk memperbaiki diri dan akhlak supaya menjadi wanita solehah yang diredhai Allah . Aku akan cuba untuk membantu sahabat sahabat aku selagi aku mampu . Aku sayangkan kawan kawan aku . Lebih baik jika mereka tidak tahu daripada mereka tahu . Setiap nkmat yang Allah beri pada kita , jangan lah kita sombong dan meninggi diri kerana itu aku menimbulkan sifat Riak dalam diri . Gunakanlah nikmat Allah untuk khidmat kebajikan . Bersyukur lah dengan mengucap "alhamdulillah" . Tidak lah susah kerana itu hanya satu perkataan yang biasa tetapi membawa beribu makna . InsyaAllah . Semoga kita diredhai Allah didunia dan diakhirat . Mari lh kita sama sama mengejar Syurga Allah yang kekal abadi . Jaga Diri , Jaga Hati , Jaga Iman , Jaga Akhlak , Jaga Aurat . Always remember that Allah always by our side . La Tahzan . May Allah bless all of you . Barakallah . Uhibbukaffillah . Assalamualaikum w.b.t.

Saturday, 18 May 2013

..... Smile

Bismillahhirrahmannirrahim .. Assalamualaikum blogger . Apa kabar ? dah berhabuk dah blog sebab dah lama tak bukak . Masuk form 4 ni macam macam kerja kena buat . Kerja sekolah pun makin belambak . Tak apa lah. Itu baru lah nama nya pelajar , anak and hamba Allah . Kita sebagai manusia layak diberi ujian dan dugaan oleh Allah kerana kita hambaNya . Kita tak berkuasa melainkan Allah . Allah berkuasa atas segala galanya . Yang penting , kasabaran , keimanan dan ketaqwaan kepada Allah kena ada dalam diri . Alhamdulillah , dah dua minggu aku exam . Semua berjalan lancar . Berpuasa setiap hari untuk menahan nafsu makan , berborak dan segala nafsu yang di kawal oleh syaitan . Minta dan memohon keampunan dari yang Maha Esa . Semoga dipermudahkan untuk menduduki dan menjawab exam . InsyaAllah . Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kawan kawan aku . Usaha , doa dan tawakal penting untuk kita berjaya . InsyaAllah . Beberapa minggu before exam pada 2 Mei 2013 aku dapat pergi PWTC . Alhamdulillah semua berjalan lancar juga . Seronok aku dapat pergi sana walaupun duit dalam kocek hanya Rm 30 . Itu sudah mencukupi bagi aku . Tak perlu bawa duit yang banyak . Bersyukur lah atas nikmat yang diberi oleh Allah walaupun nikmat itu sekecil zarah sekali pun . Dari dalam bas sampai PWTC aku seorang diri . Tapi aku tak kisah pun . Aku ada kawan . Ramai . Aku suka tengok diorang semua gembira walaupun aku tidak . Hidup aku dah tak lama dah . Dunia dah akhir zaman . Fatin dan Mimi kawan yang amat aku sayang . Semoga mereka gembira di dunia dan di akhirat . Dalam tiga orang yang bersahabat pasti akan ada yang terpinggir . Aku sanggup jadi yang terpinggir itu untuk kawan kawan aku . Bagi ruang untuk Fatin dan Mimi bergembira . Tidak salah bukan ? Aku sayang kawan kawan aku . Lagi pun , aku tak kisah jika keseorangan dalam kalangan manusia tapi tidak dalam kalangan hambaNya . Kerana aku tahu Allah sentiasa ada di sisi aku walaupun aku seorang diri . Perkara terakhir yang aku nak lakukn dalam dunia ini ialah bawa mama dan abah pergi Tanah Suci . Ingin memohon keampunan padaNya atas segala kesalahan aku terhadap mereka iaitu Mama dan Abah yang bergelar ibu bapa di Tanah Suci . Aku sayangkan mama dan abah tidak boleh dinyatakan pada perkataan . Terlalu sukar . Tidak dapat aku bayangkan jika aku kehilangan mereka dalam hidup aku . Ya Allah ! Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati aku . :'( Terdapat seorang lagi kekasih yang aku sayang di dunia ini . Astaghfirullahala'zim . Memohon banyak banyak keampunan dari yang Maha Pengampuan iaitu Allah . Dia lah kekasih yang aku sayang , Afiq Fadzli bin Rusli dan hanya Allah yang tahu . Segala yang terjadi dalam diri aku , sebahagiannya memori daripada dia , sebahagian daripada keluarga , sebahagian daripada sahabat dan sebahagian lagi daripada Allah dan Rasulullah . Semoga dia dan keluarganya dipanjangkan umur . Semoga ibubapanya sentiasa dalam keadaan sihat dan dibawah jagaan Allah . InsyaAllah . Amin amin amin Ya Rabb Alamin . Semoga mereka yang aku sayang bahagia di dunia dan di akhirat walaupun tanpa aku di sisi . InsyaAllah . Thank you for everything my friends , my family , my dear and my Allah . Always smile , senyum selagi mampu . Jaga Diri , Jaga Hati , Jaga Iman , Jaga Akhlak , Jaga Aurat . May Allah bless all of you that I really loved . Uhibbukaffillah .. Assalamualaikum .

Saturday, 16 March 2013

Story :)

Assalamualaikum blogger ! Apa kabar? lama dah tak tuliss kan? kesian bellogg kita dah berhabukk. Nakk tiup sikit lahh fuhhh~ fuhhh~ fuhhh~ manyak nye habuk. MasyaAllah xD Okay. Serius lama sangat tak tulis. Ya Allah ! Hahah bellog aku pun dah tak ada orang yang lawat xD Hikhik kesunyian. Aaaaaaaa ! Hahah okay. I'm feel better now. May Allah bless us always :) tapi tahun ni aku masuk kelas akaun. Minggu ni baru lepas exam hari selasa sampai khamis. Arghhh ! subjek yang aku rasa palis susah issssssss ADDMATH withhhh AKAUNNNNN. Ya Allah ! Seirius ! Satu pun aku tak dapat nk jawab untuk ADDMATH v,v hmm AKAUN? boleh lah tapi aku tak boleh nak pastikan sama ada aku lulus atau tak. Aku dah berusaha tapi aku rasa usaha aku tak cukup, and aku berdoa then tawakkal. Semoga matapelajaran yang lain tak terjejas. Aku target untuk subjek yang lain A B C hahahha xD tu pun ak cuma tawakkal je. InsyaAllah kalau dah dapat alhamdulillah aku ucapkan pada Allah. :) hahah that's for today :) uhibbukaffillah. Assalamualaikum :)

Sunday, 30 December 2012

28 December 2012 :'*

Selamat Hari Jadi! Selamat Hari Jadi! Selamat Hari Jadi Afiq!!! Selamat Hari Jadi!! Heyyyyyyyyyyy!! Selamat Hari Jadi Afiq Fadzli bin Rusli :) 28 December 2012 genap 17 tahun awk. Alhamdulillah. Allah masih pnjgkan umur awk. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu :D Dh lama tak update beeloogg!! *Fuhhhh~ tiup sikit. Manyak habuk dah. xD Hehehe. Selamat Hari Jadi Afiq. Semoga pnjg umur serta dimurahkan rezeki. Semoga menjadi ank yg baik. Soleh serta mentaati kedua ibu bapa. Hari ni dia ada buat mkn mkn mlm nti lps maghrib. Aku igt nk dtg rumah dia. Tapi ..... apakan daya? Semuanya Allah telah tentukan. Aku hanya menerima. Tidak mengapa. Mungkin bukan rezeki aku. InsyaAllah suatu hari nanti , jika di panjangkan umur , jika masih adaa rezeki aku berhubung dgn dia lagi , insyaAllah aku akan dtg pada hari jadi dia.. hadiah untuknya masih lagi ada pada aku. Simpan sahaja. Dia suruh bagi depan depan. Yelahh! Rumah diakan jauh. Igtkn nk guna pos laju je. Means, sekurang kurangnya dia dpt hadiah hari jadi dia daripada aku. Tk apa lah. Aku redha. Aku tau dia baik dan tersgt baik. Waktu maghrib dia call dia kata nk dgr azan tk? Kita kata nk. Kita serba salah sgt dgn dia. Pada hari itu.. Mcm mcm jadi pada diri aku dan keluarga. Byk halangan dan dugaan yg Allah berikan pada kami. Dgn namaMu Ya Allah! Aku tk pernah lupa padaMu. Hati aku susah , hanya dgn zikrullah aku dpt tenangkn diri.. Aku dgr dia azan , aku jadi sgt sgt sgt sebakk.. T.T Tahan air mata ini daripada jatuh. Mataku sudah berkaca kaca menahan sebak. Akhirnya jatuh juaaa menitis di pipi. Sungguh merdu suaranya melaungkan azan. Itu adalah salah satu kelebihan dia yg aku suka. Aku thn thn thn dan thn. Tapi aku tk kuat utk menahan perasaan aku. Dgr takbir Allah menjadikan aku rindu pada Allah. Aku nk dia gembira pada Hari Jadi dia. Tapi... aku yg buat dia sedih. Mlm tu aku keluar dgn mama , along and naim pergi jusco seremban 2 . Waktu balik tu aku mcj dia smbil lihat bulan di luar tingkap. Meremang bulu roma aku dgn tiba tiba. Lihat bulan yg penuh lagi bersinar menunjukkan kuasa Allah amatlh besar. Aku beritahu dia dan dia pun tgk. Subhanallah! Mmg cantik sungguh bulan pada malam 28 December 2012 . :') Untung dia kerana bulan penuh dan bersinar pada Hari jadi dia... ^^ Aku tumpang gembira. Aku ckp pada dia , Bulan tu adalah hadiah drpd Allah! Maka jgn lah kau lupa utk bersyukur padaNya yg Maha Esa.. Alhamdulillah.. Melihat dia gembira membuatkan aku gembira juga. Melihat mama dan abah gembira lagi membuatkan aku ingin menangis kerana kegembiraan. Ya Allah! Aku amat merindukanMu.. Bila masanya aku dpt berjumpa dgnMu Ya Allah!! Aku tunggu masaku Ya Allah!! Ya Allah Ya Tuhanku, pelihara Afiq Fadzli bin Rusli drpd melakukan dosa dan maksiat. Kuatkan lah hatinya dan tebalkanlah imannya. Berikanlah dia petunjuk yg lurus yg menuju ke syurgaMu Ya Allah! Sesungguhnya dia hanya lah hambamu yg kerdil yg sering melakukan dosa. Jadikan dia lelaki yg di idam idamkan untuk seorang wanita yg ingin bersamanya.. Jadikanlah dia lelaki yg soleh. Bersihkanlah hati dia . Sucikan lah jiwanya Ya Allah! Segala puji bagi namaMu ya Allah! Aku serahkan selebihnya padaMu.. Terima kasih Allah! :') Aku sayang Afiq. Aku sayang mama dan abah. Dan paling penting , aku sayangkan Allah!! Selamat malam. Uhibbukaffillah. Assalamualaikum Afiq. :')