Saturday, 18 May 2013

..... Smile

Bismillahhirrahmannirrahim .. Assalamualaikum blogger . Apa kabar ? dah berhabuk dah blog sebab dah lama tak bukak . Masuk form 4 ni macam macam kerja kena buat . Kerja sekolah pun makin belambak . Tak apa lah. Itu baru lah nama nya pelajar , anak and hamba Allah . Kita sebagai manusia layak diberi ujian dan dugaan oleh Allah kerana kita hambaNya . Kita tak berkuasa melainkan Allah . Allah berkuasa atas segala galanya . Yang penting , kasabaran , keimanan dan ketaqwaan kepada Allah kena ada dalam diri . Alhamdulillah , dah dua minggu aku exam . Semua berjalan lancar . Berpuasa setiap hari untuk menahan nafsu makan , berborak dan segala nafsu yang di kawal oleh syaitan . Minta dan memohon keampunan dari yang Maha Esa . Semoga dipermudahkan untuk menduduki dan menjawab exam . InsyaAllah . Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kawan kawan aku . Usaha , doa dan tawakal penting untuk kita berjaya . InsyaAllah . Beberapa minggu before exam pada 2 Mei 2013 aku dapat pergi PWTC . Alhamdulillah semua berjalan lancar juga . Seronok aku dapat pergi sana walaupun duit dalam kocek hanya Rm 30 . Itu sudah mencukupi bagi aku . Tak perlu bawa duit yang banyak . Bersyukur lah atas nikmat yang diberi oleh Allah walaupun nikmat itu sekecil zarah sekali pun . Dari dalam bas sampai PWTC aku seorang diri . Tapi aku tak kisah pun . Aku ada kawan . Ramai . Aku suka tengok diorang semua gembira walaupun aku tidak . Hidup aku dah tak lama dah . Dunia dah akhir zaman . Fatin dan Mimi kawan yang amat aku sayang . Semoga mereka gembira di dunia dan di akhirat . Dalam tiga orang yang bersahabat pasti akan ada yang terpinggir . Aku sanggup jadi yang terpinggir itu untuk kawan kawan aku . Bagi ruang untuk Fatin dan Mimi bergembira . Tidak salah bukan ? Aku sayang kawan kawan aku . Lagi pun , aku tak kisah jika keseorangan dalam kalangan manusia tapi tidak dalam kalangan hambaNya . Kerana aku tahu Allah sentiasa ada di sisi aku walaupun aku seorang diri . Perkara terakhir yang aku nak lakukn dalam dunia ini ialah bawa mama dan abah pergi Tanah Suci . Ingin memohon keampunan padaNya atas segala kesalahan aku terhadap mereka iaitu Mama dan Abah yang bergelar ibu bapa di Tanah Suci . Aku sayangkan mama dan abah tidak boleh dinyatakan pada perkataan . Terlalu sukar . Tidak dapat aku bayangkan jika aku kehilangan mereka dalam hidup aku . Ya Allah ! Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati aku . :'( Terdapat seorang lagi kekasih yang aku sayang di dunia ini . Astaghfirullahala'zim . Memohon banyak banyak keampunan dari yang Maha Pengampuan iaitu Allah . Dia lah kekasih yang aku sayang , Afiq Fadzli bin Rusli dan hanya Allah yang tahu . Segala yang terjadi dalam diri aku , sebahagiannya memori daripada dia , sebahagian daripada keluarga , sebahagian daripada sahabat dan sebahagian lagi daripada Allah dan Rasulullah . Semoga dia dan keluarganya dipanjangkan umur . Semoga ibubapanya sentiasa dalam keadaan sihat dan dibawah jagaan Allah . InsyaAllah . Amin amin amin Ya Rabb Alamin . Semoga mereka yang aku sayang bahagia di dunia dan di akhirat walaupun tanpa aku di sisi . InsyaAllah . Thank you for everything my friends , my family , my dear and my Allah . Always smile , senyum selagi mampu . Jaga Diri , Jaga Hati , Jaga Iman , Jaga Akhlak , Jaga Aurat . May Allah bless all of you that I really loved . Uhibbukaffillah .. Assalamualaikum .

Saturday, 16 March 2013

Story :)

Assalamualaikum blogger ! Apa kabar? lama dah tak tuliss kan? kesian bellogg kita dah berhabukk. Nakk tiup sikit lahh fuhhh~ fuhhh~ fuhhh~ manyak nye habuk. MasyaAllah xD Okay. Serius lama sangat tak tulis. Ya Allah ! Hahah bellog aku pun dah tak ada orang yang lawat xD Hikhik kesunyian. Aaaaaaaa ! Hahah okay. I'm feel better now. May Allah bless us always :) tapi tahun ni aku masuk kelas akaun. Minggu ni baru lepas exam hari selasa sampai khamis. Arghhh ! subjek yang aku rasa palis susah issssssss ADDMATH withhhh AKAUNNNNN. Ya Allah ! Seirius ! Satu pun aku tak dapat nk jawab untuk ADDMATH v,v hmm AKAUN? boleh lah tapi aku tak boleh nak pastikan sama ada aku lulus atau tak. Aku dah berusaha tapi aku rasa usaha aku tak cukup, and aku berdoa then tawakkal. Semoga matapelajaran yang lain tak terjejas. Aku target untuk subjek yang lain A B C hahahha xD tu pun ak cuma tawakkal je. InsyaAllah kalau dah dapat alhamdulillah aku ucapkan pada Allah. :) hahah that's for today :) uhibbukaffillah. Assalamualaikum :)

Sunday, 30 December 2012

28 December 2012 :'*

Selamat Hari Jadi! Selamat Hari Jadi! Selamat Hari Jadi Afiq!!! Selamat Hari Jadi!! Heyyyyyyyyyyy!! Selamat Hari Jadi Afiq Fadzli bin Rusli :) 28 December 2012 genap 17 tahun awk. Alhamdulillah. Allah masih pnjgkan umur awk. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu :D Dh lama tak update beeloogg!! *Fuhhhh~ tiup sikit. Manyak habuk dah. xD Hehehe. Selamat Hari Jadi Afiq. Semoga pnjg umur serta dimurahkan rezeki. Semoga menjadi ank yg baik. Soleh serta mentaati kedua ibu bapa. Hari ni dia ada buat mkn mkn mlm nti lps maghrib. Aku igt nk dtg rumah dia. Tapi ..... apakan daya? Semuanya Allah telah tentukan. Aku hanya menerima. Tidak mengapa. Mungkin bukan rezeki aku. InsyaAllah suatu hari nanti , jika di panjangkan umur , jika masih adaa rezeki aku berhubung dgn dia lagi , insyaAllah aku akan dtg pada hari jadi dia.. hadiah untuknya masih lagi ada pada aku. Simpan sahaja. Dia suruh bagi depan depan. Yelahh! Rumah diakan jauh. Igtkn nk guna pos laju je. Means, sekurang kurangnya dia dpt hadiah hari jadi dia daripada aku. Tk apa lah. Aku redha. Aku tau dia baik dan tersgt baik. Waktu maghrib dia call dia kata nk dgr azan tk? Kita kata nk. Kita serba salah sgt dgn dia. Pada hari itu.. Mcm mcm jadi pada diri aku dan keluarga. Byk halangan dan dugaan yg Allah berikan pada kami. Dgn namaMu Ya Allah! Aku tk pernah lupa padaMu. Hati aku susah , hanya dgn zikrullah aku dpt tenangkn diri.. Aku dgr dia azan , aku jadi sgt sgt sgt sebakk.. T.T Tahan air mata ini daripada jatuh. Mataku sudah berkaca kaca menahan sebak. Akhirnya jatuh juaaa menitis di pipi. Sungguh merdu suaranya melaungkan azan. Itu adalah salah satu kelebihan dia yg aku suka. Aku thn thn thn dan thn. Tapi aku tk kuat utk menahan perasaan aku. Dgr takbir Allah menjadikan aku rindu pada Allah. Aku nk dia gembira pada Hari Jadi dia. Tapi... aku yg buat dia sedih. Mlm tu aku keluar dgn mama , along and naim pergi jusco seremban 2 . Waktu balik tu aku mcj dia smbil lihat bulan di luar tingkap. Meremang bulu roma aku dgn tiba tiba. Lihat bulan yg penuh lagi bersinar menunjukkan kuasa Allah amatlh besar. Aku beritahu dia dan dia pun tgk. Subhanallah! Mmg cantik sungguh bulan pada malam 28 December 2012 . :') Untung dia kerana bulan penuh dan bersinar pada Hari jadi dia... ^^ Aku tumpang gembira. Aku ckp pada dia , Bulan tu adalah hadiah drpd Allah! Maka jgn lah kau lupa utk bersyukur padaNya yg Maha Esa.. Alhamdulillah.. Melihat dia gembira membuatkan aku gembira juga. Melihat mama dan abah gembira lagi membuatkan aku ingin menangis kerana kegembiraan. Ya Allah! Aku amat merindukanMu.. Bila masanya aku dpt berjumpa dgnMu Ya Allah!! Aku tunggu masaku Ya Allah!! Ya Allah Ya Tuhanku, pelihara Afiq Fadzli bin Rusli drpd melakukan dosa dan maksiat. Kuatkan lah hatinya dan tebalkanlah imannya. Berikanlah dia petunjuk yg lurus yg menuju ke syurgaMu Ya Allah! Sesungguhnya dia hanya lah hambamu yg kerdil yg sering melakukan dosa. Jadikan dia lelaki yg di idam idamkan untuk seorang wanita yg ingin bersamanya.. Jadikanlah dia lelaki yg soleh. Bersihkanlah hati dia . Sucikan lah jiwanya Ya Allah! Segala puji bagi namaMu ya Allah! Aku serahkan selebihnya padaMu.. Terima kasih Allah! :') Aku sayang Afiq. Aku sayang mama dan abah. Dan paling penting , aku sayangkan Allah!! Selamat malam. Uhibbukaffillah. Assalamualaikum Afiq. :')

Wednesday, 5 December 2012

Siti Nadhirah :')

Bismillahhirahmannirahim. Assalamualaikum :) Saya Afiq Fadzli Bin Rusli . Insan yg bertuah di ats ialah Siti Nadhirah binti Mohd Merza , tuan pnyer blog. Dia minta saya update blog dia. I'll do for her. Ni nak kongsi story sikit . Hehe . 20 Jun 2012 pertama kali mama tnyer psal dia. Mama kata "knp kau sukakan dia sedangkn dia jauh. Apa istimewa yg ada pada dia yg kau suka sangt. Mama tak pernah tngok kau gembira mcm ni. Ni pertama kali kau act mcm ni , cerita la mcm mne kau knal semua mama nak tau cuba cerita." Then aku tersenyum , aku jwb "byk kelainan dlm diri dia yg menarik minat afq. Afq mula kenal dia dekat kem tahun lepas . Afq satu kumpulan dgn dia . Kali pertama afq lihat dia bkn jtuh hati pada wajah dia tapi pada akidah dia . Dia lain dari wanita lain. Segala perkara yg diperkatakn berhubung kait dgn sebutan Allah. Afq perhati setiap tingkah laku dia. Dia seorng yg sangat mesra , I meant sangat sangat mesra. Then afq mula knl dia dgn lebih rapat , afq lawan mata ngn dia . Mata dia besar buntang mcm owl dah. Then mlm kedua tu diam diam afq amik number dia. Hehe. Dari situ afq kenal dia dgn lebih rapat dan rapat lgi . Tpi sedih. Kami lost contact bulan 8 thun lpas. And then, lpas dri tu terasa mcm tak cukup sesuatu dlm diri Afiq. Then memang afq ada doa nk jmpe dia balik . Dengan izin Allah tanpa diduga 18 April 2012 Allah temukn afq dgn dia. Kata mama ni mesti ada hikmah knp kami ditemukn semula. Dia bnyk nasihatkn afq perkara yg baik , Dri situ afq mula berubah perangai menjadi lebih baik dan hati tenang melakukan segala perkara . Kami kongsi pelbagai pendapat dan nasihat. Dia memng petah berkata kata mcm orang tua tua kuat bebel. Other then that, perangai dia hampir separuh mcm mama sebab tu afq tertarik .Then lama lpas kami dah mula sweet2 afq dpt tau yg dia sakit. Afq mkin bertambah syg dengan dia sebab semngt jihad berjuang dia tak luntur sikit pun. Ketabahan diri dia buat afq sangat2 menghargai dia. Dan kalau ada rezeki afq nak dia jdi teman hidup dunia dan akhirat afq." And aku tak tipu memang aku ngis bila cerita semua kat mama. Dri situ mama mula kenal dengan siti. Mama tak kisah afq berkwn ngn siti. Aku ckp kat mama aku takkan lepaskn wanita yg indah peribadi seperti dia sebab jarang sekali ada wanita seperti dia . Then mama pesan pelihara dia insyaAllah Allah memberkati hubungn kau . Aku terima segala kesalahan dia , aku tunaikn segala yg dia mahu dgn niat di hati aku ingin dia bahagia pada saat getir dlm hidup dia. Mama perkenan niat baik aku. Alhamdulillah ya Allah perbaikilah segala kesilapan kami,jinakkn dan lembutknlah hati kami dn tunjukknlah kami jln yg membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikn masaalah yg timbul di antara kami. Amin~ tu je. Ada lgi tpi pnjg letih nak taip , tak apa lah lain kali yer :) . It's for u syg. Assalamualaikum . ^_^

Monday, 3 December 2012

A Muslim’s Obligation of Love for Allah

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ Assalamualaikum . :) some advice for all of us . When we love Allah, that love draws us closer to Him and helps us build a strong relationship that can help us in this life and in the hereafter. As Muslims, our faith requires that our love for Allah and his prophet supersedes any other type of love for any other object or creation. Many scholars agree on the basis of sound ahadith that Allah creates a person (and his heart) in such a way that he has the natural inclination to love Allah. However, as a person’s heart gets corrupted by doubts, desires and other temptations, that love has to be rekindled through faith and knowledge. Love of Allah requires us to love what Allah loves and to dislike what displeases Him and to further demonstrate that love by following the Quran and the Sunnah. This should be a reminder for those of us who merely provide lip service about their love for Allah and His messenger rather than actualizing that love in real behavioral commitments. Let’s review various aspects about the love of Allah and how we can build and nurture that love in our hearts. fadzli.

Friday, 2 November 2012

Last Day ! :') Love Guys!

Asssalamualaikum . Hai blogger! *Fuhhhhhhhhh~ manyak habuk ini blog. xD Apa kabar semua. Lama dah tak update. Hari ini 2 November 2012 pada pkul 2.07 a.m. aku bercerita tentang kisah semalamnya 1 november yg menjadi hari terakhir kami bersekola. Amat menyedihkan. Aku telah meninggalkan sekolah yg tercinta buat kali terakhir. Aku merancang untuk berpindah pada tahun hadapan. InsyaAllah. Rasa sedih menyelubungi hatiku. Tetapi aku perlu tabah dan kuat untuk meneruskan hidup sehinga Allah dtg mencabut nyawaku. Pelbagai kenangan aku bersama sahabatku yg bernama fatin , mimi , atiqah , hajirul , iman , najmi dan ramai lagi. Ini semua akan menjadi kenangan. Suatu hari nanti aku pasti akan merindui semua sahabat dan kawan kawan aku. Ya Allah! sesungguhnya aku sangat bersyukur dapat jumpa sahabat yg selalu ada dengan aku. Walaupun aku sendirian aku tahu Allah sentiasa ada menemani aku. Melihat kawan bahagia aku akan turut menumpang rasa bahagianya. Adakah kami akan berjumpa lagi pada tahun hadapan? InsyaAllah jika ada rezeki kami pasti bertemu kembali.
Ini Fatin Farhani binti Mohd Yusof. Lahir pada 5 februari 1997. Seseorang yg sentiasa segar dalam ingatan aku. Sayang dia sangattttttttttttt! Ya Allah! Dia adalah sahabat yg paling baik yg paling aku sayang yg paling memahami yg paling menyayat hati yg paling bijak. Dia kecil dan comel. Dia bijak dan pandai. Aku sayang dia sbb dia sahabat aku. Aku kenal dia time kami tusyen darjah 6 sama sama di Tunas Ilmu. Sampai sekarang sampai aku pergi dia tetap sahabat yg takkan aku lupa insyaAllah. Hari ini mungkin hari terakhir aku bersama dia. Mungkin jika tiada rezeki aku berjumpanya di dunia insyaAllah aku akan berjumpa dengannya di syurga suatu hari nanti. InsyaAllah. Thank you fatin! Love you so much fatin ! Rindu kau dan aku sayang kau ! :'*
Ini Siti NurAtiqah binti A.Rahim. Lahir pada 28 Jun 1997. Seseoranag yg lemah lembut yg baik hati yg suka menolong dan seseorang yg kuat menangis. Dia comel dia baik dia kurus . Itulah atiqah rahim. Kenal dia akhr tahun lepas. Sayang dia sgttt! Kerana sudi menjadi kawan menemani aku pada tahun ini. Sangat baikk! Dia tak pandai nak marah. Comel ! Kenangan dengan dia hanya pada jamuan tempoh hari. Aku tak dapat abiskan masa berborak dengannya semalam. Aku berharap dapat berjumpa dengannya suatu hari nanti. Sayang dia! Baik sgtt! tak kisah orang nk ckp apa tentangnya yg pasti aku tak akan melupakan sahabat yg sentiasa ada dengan aku. Rehat sesama. Beli roti sesama. Berlari bersama. Rumah sukan pun sama. Everything are same. Thank you tiqa! Love you so much! Rindu kau! sayang kau! :'* Inilah sahabat yg akan aku ingat! Sahabat yg aku sayang. Sahabat yg benar benar ikhlas berkawan dengan aku. Ada lagi antaranya hajirul , najlin , fattah , iman , qayyum , mimi , yana , nina ada ramai lagi. Aku sayang kauorang sangat! Korang semua jaga diri tau. Mungkin aku hidup pun dah tak lama. Kauorang semua sihat selalu okay. Ada masa jangan malas nk text aku. InsyaAllah aku ada kredit aku mesej kauorang semua. Sayang korang!!!!!!!!!!!!!!!!! Jaga diri. Aku undur diri. Hari pundah lewat. Skang pkul 2.32 a.m. Aku masuk tidur. Selamat pagi! InsyaAllah aku tak akan lupa kauorang semua sehingga aku dijemput oleh Allah suatu hari nanti. Ahamdulillah! Terima kasih sahabat untuk segalanya. Bersama untuk selamanya. Kau dan aku s ahabat, untuk selamanya.. selama lamanya .. Setia!! Selamat tinggal! Uhibbukaffillah. Assalamualaikum sahabat! :'*

Thursday, 18 October 2012

Afiq Fadzli . :'D

Assalamualaikum. Hai blogger!!! :D Did you know who are this man at picture above? K aku tak pandai BI pun. Ni main hentam saja. Hahah ! Ini owang namanye Afiq Fadzli bin Rusli. Dia anak kedua dalam Lima orang adik beradik. Dia seorang yang sangat baik dan baik. Hahah ! Suka panggil dia ustaz, afiq, bebek and manyak lagi nama panggilan untuk dia. Heee~ Berkawan dengan dia betul betul dapat rasa diri di hargai. Dia dah besar . 17 tahun sekarang. Birthday dia tak lama lagi 28 December. :'D Ni bdk SPM ni tau. Jangan main main. Otak math ni. Hahah ! Dia sangat comel dan comel tapi dia suka menafikan apa yang betul betul wujud dalam diri dia. 5 november dia exam. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat sahabat aku. Kadang dia ada masalah , aku minta dia cerita dengan aku. Mana tahu aku juga boleh beri sedikit nasihat padanya. Share share pendapat. Share share masalah. :') Kadang bila aku salah dia tegur. Bagus apa kan? Ni lah orang zaman sekarang cari. Lelaki yang soleh yang dapat membimbing isteri ke jalan Allah. Ke syurga Allah. Aku suka tengok dia pakai baju melayu. Nampak sopan, hensem dan dan dan comel. Hikhikhik! Dia pernah cakap. Kawan dengan sahabat berbeza. Bezanya , kawan kita memang kawan. Kadang ada kadang tak ada. Tapi sahabat lain. Walau dimana kita berada dia tetap ada bersama kita. Contoh Rasulullah bersama para sahabatnya Umar bin Al-Khatab, Abu bakar As-siddiq dan ramai lagi sahabat rasulullah yg selalu berada di sampingnya. Waktu tu lah baru aku betul betul terasa diri ini dihargai. Ada orang beri ilmu pada kita. Bagi aku dia bukan sekadar kawan tetapi juga sahabat dan menjadi seseorang yg sangat special dalam diri aku. Pertama kali aku merasa bahawa ada sesuatu yang akan membawa aku berjumpa dengan Allah. Ya Allah ini benar benar indah . Alhamdulillah. Aku pernah kehilangan seorang sahabat yang amat aku sayang. Kawan senang dicari. Kita tak cari ianya akan datang sendiri. Tetapi Sahabat lain. Susah untuk dicari. Jika dia pergi. Maka akan jadi satu penyesalan dalam diri kita. Rasa macam ada kekosongan. Sedih dan suram. Suasana ceria tetapi aku yang diam. Bila berjumpa dengan afiq. Mcm mcm aku dah belajar daripada dia. Ya Allah ! Semoga Engkau sentiasa pelihara dan beri pelindungan kepada manusia yg bernama sahabat ini. Pertama kali aku jumpa dia tahun lepas dalam kem 1 murid 1 sukan. Lama juga kami contact. Selepas bulan august lost contact. Tahun ni tak tahu secara kebetulan ke apa , aku ada pertandingan di sekolah dia. Ya Allah ! Sangat terkejut tapi amat bersyukur kerana kami dapat contact lagi. Sampai lah sekarang dia benar benar seseorang yg memahami , memberi nasihat dan mengajar perkara yang baik. Alhamdulillah! Walaupun lama jugak tak berjumpa. Maka berdoalah kami pada Allah semoga suatu hari nanti aku dapat bertemu dengannya sebelum aku pergi bertemu dengan Allah! Aku yakin segala yg berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma kita tak tahu. Allah sahaja yg tahu. Selagi ada sahabat sebegini jgn lah lepaskan dia. Jadikan lah dia seseorang yg kau sayang yg kau hargai dan seseorang yg pasti boleh membimbing kau kepada Allah. InsyaAllah. Aku sayang dia sebahagiannya sebagai seorang sahabat dan selebihnya hanya Allah yang tahu. Aku dah anggap dia mcm abang aku kadang kala sebagai sahabat aku dan kadang kala sebagai kekasih aku. Ya Allah ! Aku sayang family , sahabat dan juga kawan aku. Semoga kami dapat berjumpa di Jannatun Naim suatu hari nanti. InsyaAllah! Hari dah lewat. Kang bagun lewat. Aku undur diri dulu. InsyaAllah ada masa aku tulis lagi . Selamat malam. Uhibbukaffillah. Assalamualaikum. ^.^