Thursday, 18 October 2012

Afiq Fadzli . :'D

Assalamualaikum. Hai blogger!!! :D Did you know who are this man at picture above? K aku tak pandai BI pun. Ni main hentam saja. Hahah ! Ini owang namanye Afiq Fadzli bin Rusli. Dia anak kedua dalam Lima orang adik beradik. Dia seorang yang sangat baik dan baik. Hahah ! Suka panggil dia ustaz, afiq, bebek and manyak lagi nama panggilan untuk dia. Heee~ Berkawan dengan dia betul betul dapat rasa diri di hargai. Dia dah besar . 17 tahun sekarang. Birthday dia tak lama lagi 28 December. :'D Ni bdk SPM ni tau. Jangan main main. Otak math ni. Hahah ! Dia sangat comel dan comel tapi dia suka menafikan apa yang betul betul wujud dalam diri dia. 5 november dia exam. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat sahabat aku. Kadang dia ada masalah , aku minta dia cerita dengan aku. Mana tahu aku juga boleh beri sedikit nasihat padanya. Share share pendapat. Share share masalah. :') Kadang bila aku salah dia tegur. Bagus apa kan? Ni lah orang zaman sekarang cari. Lelaki yang soleh yang dapat membimbing isteri ke jalan Allah. Ke syurga Allah. Aku suka tengok dia pakai baju melayu. Nampak sopan, hensem dan dan dan comel. Hikhikhik! Dia pernah cakap. Kawan dengan sahabat berbeza. Bezanya , kawan kita memang kawan. Kadang ada kadang tak ada. Tapi sahabat lain. Walau dimana kita berada dia tetap ada bersama kita. Contoh Rasulullah bersama para sahabatnya Umar bin Al-Khatab, Abu bakar As-siddiq dan ramai lagi sahabat rasulullah yg selalu berada di sampingnya. Waktu tu lah baru aku betul betul terasa diri ini dihargai. Ada orang beri ilmu pada kita. Bagi aku dia bukan sekadar kawan tetapi juga sahabat dan menjadi seseorang yg sangat special dalam diri aku. Pertama kali aku merasa bahawa ada sesuatu yang akan membawa aku berjumpa dengan Allah. Ya Allah ini benar benar indah . Alhamdulillah. Aku pernah kehilangan seorang sahabat yang amat aku sayang. Kawan senang dicari. Kita tak cari ianya akan datang sendiri. Tetapi Sahabat lain. Susah untuk dicari. Jika dia pergi. Maka akan jadi satu penyesalan dalam diri kita. Rasa macam ada kekosongan. Sedih dan suram. Suasana ceria tetapi aku yang diam. Bila berjumpa dengan afiq. Mcm mcm aku dah belajar daripada dia. Ya Allah ! Semoga Engkau sentiasa pelihara dan beri pelindungan kepada manusia yg bernama sahabat ini. Pertama kali aku jumpa dia tahun lepas dalam kem 1 murid 1 sukan. Lama juga kami contact. Selepas bulan august lost contact. Tahun ni tak tahu secara kebetulan ke apa , aku ada pertandingan di sekolah dia. Ya Allah ! Sangat terkejut tapi amat bersyukur kerana kami dapat contact lagi. Sampai lah sekarang dia benar benar seseorang yg memahami , memberi nasihat dan mengajar perkara yang baik. Alhamdulillah! Walaupun lama jugak tak berjumpa. Maka berdoalah kami pada Allah semoga suatu hari nanti aku dapat bertemu dengannya sebelum aku pergi bertemu dengan Allah! Aku yakin segala yg berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma kita tak tahu. Allah sahaja yg tahu. Selagi ada sahabat sebegini jgn lah lepaskan dia. Jadikan lah dia seseorang yg kau sayang yg kau hargai dan seseorang yg pasti boleh membimbing kau kepada Allah. InsyaAllah. Aku sayang dia sebahagiannya sebagai seorang sahabat dan selebihnya hanya Allah yang tahu. Aku dah anggap dia mcm abang aku kadang kala sebagai sahabat aku dan kadang kala sebagai kekasih aku. Ya Allah ! Aku sayang family , sahabat dan juga kawan aku. Semoga kami dapat berjumpa di Jannatun Naim suatu hari nanti. InsyaAllah! Hari dah lewat. Kang bagun lewat. Aku undur diri dulu. InsyaAllah ada masa aku tulis lagi . Selamat malam. Uhibbukaffillah. Assalamualaikum. ^.^

FreeDom but I think it's not :')

Assalamualaikum . Hai ! :'D Apa kabar blog kita ? Lama dah tak bukak. Sedih kan. :'( Hukhuk! Cehh gurau je. Ahamdulillah aku dah jadi budak lepasan PMR. I'm a FREEDOM but I think it's not. Aku masih risau tentang result yg belum pasti aku dapat yg terbaik. Lepas exam susah senang aku tawakkal. Aku dah usaha yg terbaik selebihnya aku berserah pada Allah. Segala keajaiban hanya Allah yg boleh lakukan. InsyaAllah. Ingat Usaha Doa dan Tawakal selalu agar Allah sentiasa ada dengan kita. Kan? Walaupun macam macam dah berlaku before exam tengah exam after exam semua tu kita tawakkal je. Aku betul betul harapkan keputusan yg paling baik pernah aku miliki. Semoga ianya dikabulkan. Amin!! Then , One story. Time exam KH yg last skali budak budak dah main motor merempit segala macam. Astaghfirullahalazim!! Mmg dah tak ada akal agaknye kan? Depan sekolah skolah pulak tu. Nak kata hormat mcm tak. Nak kata tak hormat pun ada jugak. Mmg sangat terkejut. Lagi pun akhir akhir ni aku dah tak berapa sihat. Kadang aku sakit tapi aku kata aku tak sakit. Aku tak bagitahu mama. Aku cuba nk rahsiakan daripada mama tapi aku tak boleh rahsiakan daripada Allah. Tak apa. Yang penting aku nk jaga hubungan dengan semua orang yg aku sayang. Dengan Allah dengan family dengan kawan dengan someone yang special. Andai mmg aku tak masa nak luangkan waktu bersama kauorang semua. Aku harap kauorang semua sentiasa sedekahkan Al Fatihah buat aku. InsyaAllah. Aku sayang sangat dengan family dengan sahabat sahabat yg aku rapat. Heheh! Apa apa pun takdir Allah aku terima. Semua telah tercatat dimana keburukan kebaikan kehidupan dan kematian hanya Allah saja yang tahu.. Aku harap kauorang sentiasa bahagia dunia akhirat. InsyaAllah. Aku undur diri dulu . Selamat Malam. Assalamualaikum.

Sunday, 9 September 2012

True! ~.~

Assalamualaikum . Hai semua! Post lagi. Huh ! Wow. Fuhh~ lama dah iyah tak bukak belog ni. Haiyoyo~ raya pun dah nk abis dah. Huh ! macam macam dah berlaku. Ya Allah ! Pening kepala iyah. Haihh! Kenapa lah aku jadi mcm ni ? Hei! Mna boleh persoalkan takdir Allah. Istighfar!! Aku ni manusia biasa sama mcm yg lain cuma perngai yang membezakan. Aku ni dah annoying , mcm mana lah kau orang boleh suko doket eden nih. Hahaha ! Yelah. Stress! Tension! Woi. Hahaha~ See , aku dah mula merepek. Yeah! Utk mengelakkan sebarang fitnah terjadi , aku dah deactive acc twitter. Alhamdulillah. Tenang sikit. Tapi itu tak cukup. Muahahah~ lps ni nk deactive acc facebook pulak. Abislah kauorang. Takkan jumpa aku dekat laman sosial lagi. Hahahahah! Baguslah aku buat mcm tu. Tak ada aku asyik terfikir nk online je. Kang nanti belajar ntah ke mana. Result trial pun tak memuaskn tapi alhamdulillah sekurang kurangnya aku lulus semua. Aku akan cuba yg terbaik. Belajar mulai hari ni. Aku sedar aku tak berapa pandai. Tapi dengan usaha ke mana sahaja aku boleh pergi. Tak lupa Allah itu Maha Mengetahui. Hahaha ! Lagi lagi lagi ujian yg Allah turunkan kepada. Hahah! Siapa yang akan jadi jodoh aku hanya Allah yg tahu. Aku tak pernah tahu. Aku hanya merancang. Jika diizinkan aku akan bersama kau iaitu seseorang yg dihantar oleh Allah kepada Aku. Redha sahaja. Aku pasrah Andai Itu TakdirNya. Haih! Apa aku merepek. Maaflah. Tengah tension plus stress kan. Apa boleh buat. Hahaha ! Hmm. Lagi ? Tak ada idea lah. Maaflah. Malam ni kena study. Besok pulak sekolah . Hahaha ! Best nye dapat cuti satu hari je. Hentam lah. ok, bai. Den nak pergi mandi. Assalamualaikum. :')

Raya! ^^

Assalamualaikum. Hai! Apa kabar orang bellog lama sudah tak berjumpa minta minta semuanya di dalam sihat sejahtera. Hahah ! Woi , Maaf biadab. Semalam nad dgn kawan kawan pergi beraya. Allah , semalam kan sekolah . Balik tu stay umah tiqah. Then, siap siap petang tu gi raya rumah dila. Ingatkan nk raya rumah fatin. Alangkah sedihnye~ atin tak ada kat rumah. :'( Hmm apa apa pun lps tu rancang nak pergi rumah fahira tapi lepas asar lah. Duk raya umah dila dah berapa jam memang best tapi tak best. Hahah! Raya semalam tak berapa menyeronokkan. Macam tak raya je. Tapi alhamdulillah aku bersyukur sekurang kurang kurangnye aku dapat pergi beraya dengan kawan walaupun satu hari. Hahaha! Ok, just it. Sorry pendek. Tak ada idea. Assalamualaikum. ^^

Friday, 24 August 2012

Selamat Hari Raya ! :'D

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf Zahir dan Batin. Maaflah sebab lambat wish. Heheheh! Apa apa pun iyah nak mintak maaf andai pernah terkasar bahasa atau buat salah dekat korang semua. Tak berniat pun nak buat mcm tu. Huh ! Maafkan aku kawan kawan. Then iyah pun tak berapa sihat sekarang. Almaklum. Iyah busy kan. Apa pun tak boleh. Yess! Raya . Dulu time kecik kecik selalu dapat duit raya manyak tau. Bila dah besar dapat kureng sikit lah. Hehehehe! Sepatutnya tak dapat pakai laptop tau. Ni pun sebab ada rezeki. Alhamdulillah ! Tak selalu k sbb kita nak pmr dah . :'( Apa apa pun. Lepas raya memang dah tak boleh guna fon , laptop and tv pun tak boleh tengok. Mama dah tetapkan. Iyah pun redha sahaja. Iyah tau mama buat macam tu untuk kebaikan iyah. Hmm, tapi nanti susah lah bagi sahabat iyah sebab iyah dah selalu mesej dengan dia. Ya Allah ! Sedihnyeeee. :'( Tak tahu macam mana nanti. Aiyoyo! Apa apa pun raya tahun ni tak macam raya dah. Ntah lah. Duit raya iyah tak pandang pun. Biar je dalam laci. Tak bukak pun sampul duit raya tu. Ntah dah berapa banyak dah. Kitorang balik raya pagi raya. Sedih bhai! Mama kata nak balik malam raya tapi sebab busy terpaksa balik pagi raya. Afiq cakap sabar je lah, asalkan dapat balik. Hahaha ! Aku ikut je cakap dia. Seronok dapat raya kat kampung tapi masalah nye iyah sakit hati benooooooo lah dengan naim and akak aku yg comel molek tu. Ya Allah ! Sabar ni . Memang selalu kena sabar. Dalam hati fikir. "Aku sayang diorang so better aku diam" Hahaha ! Suka hati kau lah nak cakap apa pun. Aku tak layan pun. And Hmmm. Dah lah lupakan. Bila korang nk datang raya rumah aku ni. Aiyoyo! Hahahah ! Dah blank tak tahu nak cerita apa dah. Hmm. Bior jelah. And selamat Hari Raya to our muslim. May Allah always bless us. :') InsyaAllah ! Enjoy your raya. Uhibbukaffillah. Assalamualaikum.

Thursday, 16 August 2012

Tonight and Tomorrow. :)

Assalamualaikum. Sekejap je masa berlalu. Lama dh tak update blog. Kesian blog kita. Pejam celik Pejam celik ramadhan hampir meninggalkan kita syawal pula akan kembali tak lupa jgk PMR tinggal sebulan je lagi.Fuhhh! Seminggu after raya trial spm then bulan 10 is my turn. Pmr! Ya Allah! Result for trial pmr ni langsung tak memuaskan. Ya Allah! Sedihnya hati ini. Apa apa pun putus asa bukan sekarang. Masih ada masa untuk aku perbaiki kesilapan aku. Sabar je lah. Hari ni dah masuk 27 ramadhan mean kita dah berpuasa selama 27 hari. Wow! Seronok nye. Jadi , 10 malam yang terakhir dikenali sebagai malam lailatul qadar. Hahah! Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sungguh indah tak terkata nikmat yang Allah kurniakan kepada hambanya. Alhamdulillah! Allah masih panjangkan usia aku. Alhamdulillah jgk hari ini aku dapat borak dengan fatin. Sejujurnya memang lama jugak aku tak dapat borak dengan dia. Macam macam kenangan ada dengan dia. Semoga Allah melindungi dia dan jugak keluarganya. Tak sangka baju raya tahun ni sama dengan dia colour biru. Ya Allah! Sweetnye. Hikhik. Iyah baju raya tahun ni ada dua colour. Biru dengan dark brown. Lebih kurang jugak dengan colour baju afiq fadzli. Hahah! Dia dah tidur dah. Kesian dia penat pimpin majlis khatam Quran dekat skolah dia. Dia ada azan and tadarus. Teringin nk dengar suara dia mengaji, berzikir dan azan memuji Allah. Alhamdulillah! Iyah sentiasa doakan yang terbaik untuk family dan kawan kawan. Selagi umur masih lanjut , akan aku ingat kau selalu. Semoga Allah melindungi keluarga dan kawan kawan iyah. InsyaAllah! Sesungguhnya doa itulah senjata umat islam. Berdoalah selalu dalam bulan ramadhan yang penuh barakah ini lebih lebih lagi pada malam lailatul qadar. Jangan lepaskan malam yang lebih baik dari seribu bulan. Remember Allah always by your side. Just it. Selamat malam. Uhibbukaffillah. Assalamualaikum. :')

Tuesday, 24 July 2012

Ramadhan :')

Assalamualaikum blogger. Syaaban yg telah pergi ramadhan pula kembali. Sungguh gembira klau boleh nk melompat sampai langit. xD welcom back ramadhan. I really miss you so much. Oh Allah! Alhamdulillah , hari ini 24 julai 2012 bersamaan 4 ramadhan 1433 masihi. Alhamdulillah. Kita masih lagi dpt merasai manisnya bln rmadhan dlm bln yg mulia ini. Maaf sbb lmbt update. Tak ada masa. And maaf sbb tak ada gambau. Hmmm. Apa apa pun, iyah happy gila ramadhan dah kembali. Ya Allah, sesungguhnya engkau lah yg maha menciptakan segalanya. :') Pejam celik pejam celik sekejap je dah bln ramadhan. Lps tu msuk bln syawal. Ya Allah di bln yg penuh keberkatan ini hamba memohon agar Kau peliharalah kami drpd melakukan perkara yg kau larang. Sesungguhnya kami hanyalah manusia yg lemah yg diciptakan dri tanah yg seringkali kita pijak. Minggu depan trial PMR. Sekejap je masa berlalu. Rasa mcm dh nk kiamat pun ada. Huh ! Selalunya, dlm bln ramadhan ini org rmai nk gandakan pahala and kurangkn dosa. Iyah harap kwn kwn iyah pun nk gandakan pahala. Iyah cuba jadikan amalan lps berbuka solat maghrib jemaah then tadarus with my abah. Love you bah. xD then solat isyak jemaah then solat tarawih di akhiri dgn solat witir 3 rakaat 1 salam. Berjemaah juga :) rasa mcm nk buat mcm tu selamanya. Sungguh ceria. Tak ada yg busy. Wuuuu~ terharu bhai klau setiap hari begini. Huh! Harap harap keluarga aku bahagia sentiasa buat selamanya until jannah. InsyAllah. Ya Allah, semoga besok adalah hari yg lebih mulia lebih bgus drpd hari ini. InsyaAllah. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Ku akhiri dgn. Uhibbukaffillah dan selamat berpuasa kepada semua manusia yg diciptakan drpd Allah. Assalamualaikum. :)