Friday, 8 August 2014

Its hard

Assalamualaikum. Selamat petang. Hari ni 08/08/2014 bermula sudah trial subjek sejarah kertas 3. Alhamdulillah syukur dengan pertolongan fattah sebab tolong fotostat kan kertas tu, aku dapat jawab serba sedikit. Aku tak tahu apa keputusan yang aku akan dapat tapi aku cuba semampu aku. Hati aku tidak berbolak balik kerana sesiapa. Aku okay. Cuma aku rasa lebih baik aku lepaskan dia dengan orang yang dia sayang. Its enough bukan? Dia ada adik angkat. Sama je ceritanya lebih kurang dengan kisah silam aku. Rasanya amat menyakitkan. Tapi itulah diri dia. Aku cuba boleh diam dan mengadu semua pada Allah bila aku dah tak dapat tahan. Biarlah dunia ini cuma sementara. Mungkin aku dah terlalu lama leka dengan dunia ni. Aku rasa, jika sudah cukup amalanku dan taubatku. Aku nak tinggalkan dunia ni. Terlalu penat melakukan dosa. Aku cuma ingin hidup biasa kerana aku hamba Allah manusia biasa. Hati aku perasaan aku yang menentukannya diriku sendiri. Aku perlu jaga hati aku sebaik mungkin sebelum aku menjaga hati orang lain. Aku dah terlalu penat.. penat kerana asyik menjaga hati orang lain sedangkan hati aku jatuh rosak dan pedih kerana tak ada sesiapa yang menjaganya. Aku redha atas apa yang berlaku.. forgive and forget for Allah. Aku mesti buat mcm tu. Lupakan lah salah silap diri mereka hnya kerana Allah walaupun hati kita sakit. Kerana Allah inshaaAllah indah :') jika perlu untuk aku lepaskannya aku akan lepaskannya supaya dia bahagia. Sampai disini sahaja. JazakAllah. Assalamualaikum.


Tuesday, 29 July 2014

Syawal 2

Assalamualaikum dan salam 2 syawal 1435 hijrah bersamaan 29 julai 2014. Alhamdulillah untuk hari dan besok. Aku minta maaf apa yang jadi pada semalam, hari ini dan besok. Terima kasih untuk semalam hari ini dan besok. Apa yang aku dah buat pada kau aku minta maaf. Aku serba kekurangan. Dan aku sentiasa negetif. Still try'n to be positive. YaAllah ampunkan dosaku yaAllah. Aku tak patut cakap mcm tu pada dia. Apa yang aku dah cakap ni.. sume menyakitkan hati manusia. YaAllah hamba memohon perlindunganMu daripada godaan syaitan nirrojim. Pelihara aku yaAllah. Selamatkan aku yaAllah. Kau berikan lah aku peluang untuk memohon ampun taubat padaMu yaAllah. Kau berikan tunjuk arah yang lurus. Semoga aku sentiasa sedar akan kesilapanku kelak. Aku menyukai seorang hambaMu. Tetapi aku sering menyakitkan hatinya YaAllah! Kau pelihara hati dan dirinya yaAllah. Semoga dia didalam jagaanMu. Apa yang telah berlaku aku minta maaf. Andai ada jodoh antara kau dan aku, sungguh aku bersyukur hanya kepadaMu yaAllah. Dia je yang sanggup layan perangai aku yang pelik pelik. Dia yang cuba positive kan aku dalam setiap keadaan. Dia yang selalu cuba buat aku senyum dan gembira dengan lawak bodohnya setiap kali aku bersedih. Dia yang sentiasa menemani aku walau dimana aku berada di atas muka bumi ini. Tetapi aku sedar yang aku tidak patut menyukainya lebih daripadaMu yaAllah! Ampunkan dosaku yaAllah. Rahmatilah hidupku hidup keluargaku dan hidupnya kekasih aku YaAllah! Seandainya tiada peluang untuk aku berjumpa dengannya buat kali terakhir,aku harap dapat berjumpa dengannya lagi di syurgaMu kelak yaAllah. InshaaAllah. Terima kasih atas segalanya. Jazakallah. Salam a'laik.

Monday, 28 July 2014

Ramadan raya hati

Assalamualaikum salam 1 syawal 1435 hijrah 28 julai 2014. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Aku nak minta maaf kepada sesiapa yang mengenali diri ini. Segala salah dan silap sepanjang perkenalan kita sama ada disengajakan atau tidak disengajakan. Aku minta maaf. Semoga segala yang berlaku dalam bulan ramadan yang lepas diberkati Allah. Aku tak gunakan waktu ramadan yang ada tu dengan baik malah aku sia siakan ianya berlalu begitu saja. YaAllah ampunkan dosaku yaAllah kerana terlalu lalai dan leka dengan dunia ini. YaAllah! Aku telah jatuh hati kepada seorang hambaMu ini. Aku mengenali nya bermula sebagai seorang kawan, sahabat, dan seterusnya menjadi seseorang yang aku sukai. Tetapi, pelbagai dugaan yang harus aku tempuhi untuk bersamanya. Aku sepatutnya tidak terlalu menyukainya supaya aku tidak terluka seperti dulu. Tapi aku sudah terlanjur lebih menyukainya. YaAllah ampunkan dosaku andai aku menyukainya lebih daripadaMu. Kau dekatkan lah aku denganMu yaAllah. Aku ingin dicintaiMu dan menyintaiMu terdahulu sebelum aku menyukainya. YaAllah kau kuatkan imanku, tabahkan hatiku supaya aku tidak terlalu terluka dengan apa yang jadi. Aku sabar aku redha yaAllah. Hidup aku adalah ibadatku padaMu. YaAllah! Aku letakkan dia didalam doaku dan bukan didalam hatiku. Kerana takdir jodoh itu hanya Engkau yang Maha Mengetahui :') aku perlu kuat dalam segalanya cabaran dan dugaan ini. YaAllah seandainya mati itu lebih baik. Maka matikan lah aku dalam iman yaAllah. Sesungguh hanya kepadaMu lah aku kembali. Aku bersyukur alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur sehingga ke hari ini. Semoga aku dapat bertemu ramadan tahun hadapan inshaaAllah. Maafkan aku yaAllah! :'( assalamualaikum.

Wednesday, 7 May 2014

Kepada Allah Aku Beserah :')

Assalamualaikum selamat petang blog. hampir setengah tahun aku tak bukak blog, tak update pun. aku perlukan masa, banyak masa untuk aku berfikir sekarang ni. dari awal tahun sampai 6 mei 2013 aku penuh dengan jadual kawad kaki. and dari 2 mei sampai 22 mei aku penuh jadual dengan exam pertengahan tahun. Ya Allah! rasa seperti aku sudah lemah tidak berdaya untuk berdiri di muka bumi ini lagi. terlalu banyak yang aku fikirkan. hanya engkau yang mengetahui apa yang tersimpan di dalam hatiku ini. Ya Allah! perlukah aku jauhi diri aku dari segala masalah ini ataupun aku harus tempuh dugaan ni? Allahumma rabbi yasir wala tuasir. tahun ini aku spm. spm mula 3 november. betul betul waktu hari lahir aku. Ya Allah layakkah aku untuk ke syurgaMu? layakkah aku? aku terasa seperti sudah sesat terlalu jauh di tengah tengah hutan dan menjadi buntu untuk mencari jalan keluar. semua kata kata yang keluar dari mulut manusia tidak kira yang manis atau yang menyakitkan hati semuanya dusta semata. DUSTA ya Allah ! Engkau lebih mengetahui ini. Ya Allah ! seandainya aku telah jatuh hati kepada seseorang,maka kau kuatkan aku untuk tidak berjumpa denganNya. atas namaMu yaAllah! aku perlu jauh daripada mendekati zina. aku takut dengan azab dan seksaMu yaAllah. seandainya ada sesuatu yang telah terjadi tanpa disedari maka aku memohon keampunan daripadaMu ya Allah yang Maha berkuasa di atas muka bumi ini. astaghfirullahala'zim. semoga aku kuat sehingga ke akhir hayat ku. aku ingin berjihad di negara islam yang memerlukan pejuang jihad. aku ingin berjihad atas namaMU ALLAHUAKBAR ! jauhkan aku dari segala fitnah dajjal dan manusia. jauhkan aku daripada syaitonirrajim. jauhkan aku dari segala kebinasaan yang dahsyat. maka dekatkan lah aku kepadaMu dekatkan lah aku pada jalanMU dekatkanlah aku dengan pintu syurgaMu. dekatlah aku dengan kematian yang baik baik dan kematian di dalam iman dan agamaMu "bisu il khotimah" inshaaAllah. Aamiin aamiin aamiin yarabb Al Amin. selamat petang dan terima kasih wahai Allah kerana hidupkan aku sehingga hari ini. kerana masih bagi peluang untuk aku hapuskan dosaku :') assalamualaikum

Sunday, 22 September 2013

its hurt :')

Bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum wbt . Semalam Sabtu , 11.58 a.m. Afiq call aku , setelah berhari hari aku call , text dia , then dia call aku , dia tanye tengah buat apa itu dan ini , aku memang rasa tak sedap hati pada waktu itu,rupanya memang ada yang tersirat yg aku harus tabah untuk menerimanya .. Kata putus daripadanya amat menyakitkan hatiku , ketika aku sedang berfikir untuk bersabar dan bersabar dan terus bersabr , dia mengatakan sesuatu yang membuatkan aku amat sedih . Ya Allah ! Begitu berat ujianMu padaku , sedangkan aku hanyalah hambaMu yang kerdil dan lemahhh :'( dia berkata kepadaku dia tidak tahu kenapaa dia rasa macamtu , itu bukannya jawapan yang aku mahu . Jawapan itu sungguh tidak munasabah afiq . Jika itu yang kau inginkan , aku harus terima walaupun hati aku masih ada untuk kau , berjanji lah padaku yang kau tidak akan menceritakan tentang ini kepada sesiapaun . Jika kau sudah selesaikan segalanya , jika kau masih inginkan aku , cari lah aku afiq , aku sudi kembali pada kau kerana Allah . Apa yang dah berlaku antara kita , jadikan satu iktibar :') jika kau bahagia bersama yang lain , teruskan lahh :') tidak mengapa kerana segala yang berlaku itu mempunyai hikmah disebaliknya , dan hikmah itu hanya Allah Ya Rabb sahaja yang tahu . Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup insan yang tidak pernah sempurna ini . Aku hargai segalanya :') belajar sungguh sungguh supaya kau berjaya seperti apa yang telah kau harapkan selama ini , aku doakan yang terbaik untuk kau :') may Allah alwys by ur side and protect u frm anything wrong . Jaga diri , jaga hati , jaga iman , jaga akhlak , jaga aurat :') jaga percakapan dan segala perbuatan . Rindukann awak ! Allah sahaja yang tahu :') jangan penah lupakan Allah ye ? Be happy :') salam rindu daripada Siti Nadhirah kepada Afiq Fadzli bin Rusli :') uhibukffillah , la tahzan :') assalamualaikum wbt .

Monday, 27 May 2013

Smile as you can smile


Bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum w.b.r. Alhamdulillah . Syukur pada Allah kita masih lagi dipanjangkan umur hidup didunia atas izin Allah untuk memperbanyakkan lagi amalan kebajikan didunia untuk bekalan diakhirat kelak . InsyaAllah . Senyum lah selalu walaupun hati sering terluka . Ketahui lah , senyum di waktu duka akan membawa ketenangan dalam jiwa . Biarpun dalam keadaan senang atau susah . Allah Maha Mengetahui Ajal Maut Seseorang . Relaku mati dalam mengejar agamaMu Ya Allah . Sesungguhnya aku hanya lah hambaMu yang lemah . Pada malam yang sunyi , Penuhkan zikir dikir pada Allah . Bertahajjud di sepertiga malam . Mengabdikan diri dan berserah segalanya pada Allah . Manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan . Di kala hati penuh rasa kebencian , kehinaan serta keangkuhan , ketahuilah bahawa kita sebagai manusia hanya lah hamba Allah yang sepatutnya melakukan apa yang dikehendaki oleh Allah . Bersyukur disetiap nikmat baik dan buruk yang diberikan . Mati tak mengenal usia . Bila bila masa sahaja kita boleh mati , ketika waktu didalam perut , ketika waktu menjadi bayi , ketika waktu menjadi kanak kanak , ketika waktu menjadi remaja , ketika waktu menjadi dewasa dan ketika waktu usia sudah lanjut (tua) . Mati itu pasti , bila bila masa boleh terjadi . Semuanya atas kehendak dan izinNya . Senyum lah disaat hati terluka . Senyum lah disaat hati gembira . Kerana senyum membawa beribu makna tanpa disedari pada diri dan orang disekeliling . Bersabar lah atas dugaan yang mencabar hati , keimanan , ketaqwaan dan nafsu kita . Kerana bersabar , insyaAllah syurga milik kita . Allah memberikan ganjaran yang besar pada hambaNya yang bersabar ats dugaanNya . Mengapa Allah memberikan dugaan ? Kerana Allah ingin melihat setinggi mana kesabaran hambaNya dalam melakukan ibadah kepadaNya . Niat di hati amat lah penting sama juga seperti usaha diluaran dan juga tawakal disetiap dugaan . Mari lah kita bersama amalkan senyuman yang indah dibibir . Kerana Senyum itu satu sedekah . "Smile as You can Smile " :) Good night . Barakallah . Uhibbukaffillah . Assalamualaikum Ya akhi Ya ukhti . May Allah bless you always ^^

Sunday, 19 May 2013

La Tahzan :')


Bismillahirrahmanirrahim , Assalamualaikum w.b.t. Selamat petang blog . Alhamdulillah kita masih lagi hidup dengan izin Allah . Semoga keluarga dan para sahabat sentiasa dalam keadaan yang sihat sejahtera . InsyaAllah . " satu satunya perkara yang akan membuatkan kita tetap SENYUM walaupun kita sedang bersedih ialah mengetahui ALLAH SENTIASA SAYANG KITA " Alhamdulillah , itulah yang aku sentiasa fikirkan bahawa Allah sentiasa ada disisi menjaga , menyayangi dan melindungi hambaNya . Walaupun kita berada dalam kesedihan , jangan bersedih tentang suatu perkara yang tidak pasti dan tak penting . Jika kita dalam keadaan sedih , berdoa memohon keampunan daripada Allah , berzikir dan mengaji lah untuk tenangkan diri kita . Aku pernah juga lalui kesedihan yang berlarutan dalam banyak perkara . Setiap kali aku sedih , hanya Allah yang aku fikirkan . Hidup aku dah tak lama . Aku harap sangat dalam hujung hujung nyawa aku , keluarga , kekasih dan sahabat aku berada dalam keadaan yang bahagia . Aku selalu sedih kerana mama dan abah . Entah kenapa bila mama tinggikan suara sikit pada aku , aku cepat tersentuh . Ya Allah ! Aku sangat menyayangi mama dan abah . Bila mama menangis kerana suatu perkara , aku sudi mendengar dan membantu mama . Aku sangat menyesal apabila buatkan mama sedih dan menangis kerana aku . Pernah juga aku tinggikan suara pada mama dan abah , mungkin terlepas atau pun aku ingin nyatakan kebenaran . Tapi , itu lah diri aku . Aku cuba mengubah diri aku supaya ketika bercakap pada mama dengan lembut tutur kata . InsyaAllah aku akan cuba . Mama dan abah sudah lanjut usia . Semoga mereka dipanjangkan umur . Aku sayangkan mereka sangat sangat ! Aku sanggup menanggung kesakitan yang mereka rasa disebabkan penyakit mereka . Jika boleh , aku nak tanggung dosa mama dan abah tapi aku tak berdaya melainkan Allah membenarkannya . Aku hanya lah manusia biasa yang hanya mengabdikan diri dan berserah pada yang Maha Esa . Aku tak kuat dan aku juga tak lemah . Selagi aku hidup , islam adalah satu satunya Agama yang aku percaya dan aku sayang agama aku kerana Allah . Biarlah manusia nak mengata , mengutuk dan mengumpat aku sekali pun , aku tetap maafkan mereka . Jangan lah kamu risau kerana aku tidak suka berdendam . Biarlah ada ramai kawan sekali pun , asalkan kita tak lupa Allah . Aku nak kawan kawan aku berjaya dunia akhirat . Aku tak nak mereka zuhud tentang dunia . Mereka akan rugi di akhirat kelak . Aku nak masuk syurga dan aku aku nak sahabat sahabat akau juga berusaha bersama . Aku berusaha untuk memperbaiki diri dan akhlak supaya menjadi wanita solehah yang diredhai Allah . Aku akan cuba untuk membantu sahabat sahabat aku selagi aku mampu . Aku sayangkan kawan kawan aku . Lebih baik jika mereka tidak tahu daripada mereka tahu . Setiap nkmat yang Allah beri pada kita , jangan lah kita sombong dan meninggi diri kerana itu aku menimbulkan sifat Riak dalam diri . Gunakanlah nikmat Allah untuk khidmat kebajikan . Bersyukur lah dengan mengucap "alhamdulillah" . Tidak lah susah kerana itu hanya satu perkataan yang biasa tetapi membawa beribu makna . InsyaAllah . Semoga kita diredhai Allah didunia dan diakhirat . Mari lh kita sama sama mengejar Syurga Allah yang kekal abadi . Jaga Diri , Jaga Hati , Jaga Iman , Jaga Akhlak , Jaga Aurat . Always remember that Allah always by our side . La Tahzan . May Allah bless all of you . Barakallah . Uhibbukaffillah . Assalamualaikum w.b.t.